Monday, November 1, 2010

My Thailand Adventure..

Baru2 ni Pakcik dan Makcik aku telah bawak satu family dia org jalan2 kat Hatnyai,Thailand. Memandangkan sekarang ni aku masih lagi duduk kat rumah mak cik aku sebab kelas memandu aku yang x habis2 lagi ( Bila la boleh dapat lesen P nih, aku dah letih nak gi kelas sebenarnya! haha..) So untuk memendekkan cerita aku boleh tag along skali. Yay! Dpt jalan2 free!



   Mak cik, Pak cik dan tiga org budak kecik yang buat parents dia org letih melayan keranah dia org hari2... ^_^
 Gambar aku sebelum kita org bertolak (Aku tau yang aku x fotegenik, so toksah mengkomplain naper aku x senyum hak3...)

Bila kita org sampai kat imigresen, kita orang punya border pass di check oleh pegawai yang bertugas

Mcm ni la rupa border pass tu (ignorekan gambar pasport aku ngan gaya rambut baru lepas PLKN tu..), hanya penduduk negeri yang bersempadan ngan Thailand je blh buat, ngan adernya border pass ni x payah leceh2 nak wat pasport ha ha ha..

Akhirnya kita org dibenarkan masuk ke Thailand, Line Maxis aku pun secara automatik bertukar jadi line DTAC (Syarikat Telco Thai kot?) radio kereta pak cik aku lak start playing some crappy thai dance song =_=" seriously org thai ni x dengar lagu rock ke??? haha.. atau maybe aku je x jumpa stesen yang betul
kat thai kita org diguide oleh member pak cik aku yg ikut serta

Ni lah member pak cik aku dan family dia, aku lupa lak nama dia apa hehe.. (Makan semut banyak sgt kot aku ni)
Bila sampai kat Hat Nyai member pak cik aku berhenti jap kat hotel Rajamangala untuk wat tempahan bilik, dia org tempah sebab dia org nak bercuti kat sini dlm bulan 12 nanti


Ni lah rupa hotel Rajamangala tu, hotel boleh dikatakan antara hotel yang top kat Hat Nyai ni


Ni lak Interior hotel ni, dah macam kuil dah aku tengok tp maybe sebab dia org masih maintain gaya seni bina nusantara..

Aku dan cousin aku yang palik kecik skali..
Lepas member pak cik aku siap buat tempahan, akhir tiba waktu favourite aku, waktu makan! Yay!


Kalau dah kat Thai ni x sah la kan kalau x makan seafood kan haha..
 Mak Cik aku sempat beli telur masin ni, tapi x der la masin sangat rasa dia, tp pandai org yang buat telur ni, bentuk dia unik giler

 Thailand ni la maybe antara negara yang masih jual coca-cola dlm botol kaca, kat Malaysia dah x jual kot dalam botol kaca ni




Lauk pauk dan nasik yang kita org makan hari tu...

Akhirnya pas makan kita org gi jalan kat pantai Songkhla pulak! haha.. tp kita org x mandi pun, setakat cuci mata je, tp kita org sempat tengok ikan duyung emas yang famous tu!


 Pantai Songkhla ni la antara pantai paling cantik dan bersih pernah aku tengok, memang kerajaan Thai jaga gila2 pantai ni, sesuatu yang boleh kita praktikan kat pantai kat Malaysia



My pic with the beach as the background..Pantai ni memang cantik sgt2 tp aku x tengok sgt sebab dalam fikiran aku time ni asyik fikir pasal seseorang, huh.. 
         
Sempat bergambar ngan Ikan duyung Emas Lagenda tu (Ignorekan rambut yg dah mcm Son Goku tu, angin kuat kat pantai tu dah serabutkan rambut aku, aku patut pakai hair spray hari tu  : p)




My uncle and cousins..

Lepas gi pantai kita org gi tengok lak satu lagi monument yang famous kat Hat Nyai ni, Patung Kepala Naga Nag!




Patung ni kononnya simbolik kepada naga yang menyembur air suci yg menjaga kesejahteraan bandar songkhla ni.. Korang boleh tengok video naga ni menyebur air kat bawah


My Little Cousin Seem To Have A Good Time Playing Here..


Macam biasa aku jadi pak guard budak2 nih, sabo je la...

Lepas tengok kepala naga ni, kita org gi pulak floating market! Kat sana semua makanan harga dia cuma 2Baht je (dlm RM aku x sure berapa) ada banyak kuih2 unik yang aku x pernah makan aku jumpa kat sini





Pakcik Aku sempat makan mee kat sini, kat sini tempurung kelapa digunakan sebagai mangkuk

Antara kuih yg paling cantik pernah aku tengok...


Pandangan dari atas floating market..

 






 Minuman yg dijual disini diisi didalam bekas tembikar sebagai cawan

 Aku Beli air kelapa yg diisi dalam bekas tembikar doraemon! haha.. macam budak2 je aku beli air dalam bekas tu...




 First time minum air dalam bekas buluh, tp air limau yang aku beli tu masam giler!





 Cantikan kuih2 ni...

 
Bekas minuman cousin aku x sempat wat balik rumah lagi dah rosak, tembikar dia nipis sangat la...


Akhir kata... Kita org semua balik rumah dalam keadaan letih tapi puas hati sgt2, sebest mana pun Thailand best lagi Malaysia, aku senyum sorang2 lepas masuk sempadan Malaysia balik sebab phone aku dah ader line balik haha..
selain tu gak... malas dah aku nak tulis, mata aku dah ngantuk sgt nih,jam dah dekat pukul 6 tp aku x tido2 lg dok buat post ni haih....

Till next time then!











                     

2 people got something to say:

Lisa said...

colourful...nice...

Mr. Ben Franky said...

Yeah.. I wish I could be there again

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...