Wednesday, May 4, 2011

Apsal aku blh TERmimpi pasal kawen -_-"

Pendek cite Mr. Ben Frankenstein kita ni mimpi semalam. Dan seperti yang dimaklumkan diatas aku mimpi pasal subjek yang super sensitif kat anak dara tua iaitu kawen -_-". SIAP ADER AKAD NIKAH LAGI TU KOT! Petanda apakah ini??? Seumur hidup aku tak pernah-pernah aku mimpi macam tu kot. Well minus mimpi basah la :P  Eh jap, aku rasa aku dah terlompat skit ni. Ok aku cite start dari awal balik. Post kali ni aku tulis dalam bahasa Malaysia jer sebab aku tak der mood mana la nak write kot English hari ni.

Waktu mula-mula mimpi tu aku rasa aku dok kat somewhere kat rumah pengantin perempuan tu kot. Time tu aku blur lagi kot apasal aku dok kat situ. Parents aku ngah cakap something ngan nenek bride aku tu kalau tak silap. Tiba-tiba je dia orang setuju nak kawen kan aku ngan dia! Time tu aku froze tak tau nak cakap aper. Kelu habis lidah aku. Tiba-tiba perempuan yang dia orang kata nak kawenkan ngan aku tu keluar bawak air. Hehe.. sebenarnyakan aku tak ingat sangat muka dia. Yang aku ingat dia tak der la tinggi sangat. Paras bahu aku je kot. Dia tak la kurus atau gemuk sangat. Sederhana je kot saiz dia, Kulit dia agak cerah rasanya. Rambut dia lebih kurang paras bahu kot.Beng rambut dia cover dahi dia. Typical malay girl rasanya. Yang aku paling ingat pipi dia je la. Chubby sangat! Hehe sorry.. girls with chubby cheek ni aku suka sangat. Aku rasa pipi chubby ni comel sangat-sangat. Pastu aku rasa macam mimpi tu fast foward skit sebab tiba-tiba je aku kat masjid. Siap pakai baju melayu putih lagi tu. Pastu terus akad nikah. Aku ingat satu-satu lagi lafaz akad yang aku sebut time tu :P

Tok Kadi : Hai Muhammad Syafiq bin Mohd Mazalan, aku nikahkan dikau dengan (entah naper aku tak boleh ingat nama dia), yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwin sebanyak RM10000 tunai dan belanjanya sebanyak RM10000”.

Aku: "Saya terima nikahnya ... dengan mas kawin RM10000, tunai"

Saksi1: Sah

Saksi2: Sah


Lebih kurang macam tu lafaz yang aku sebut dalam mimpi tu. Korang tau tak aper yang pelik? Seingat aku kan ni lafaz akad negeri Perak. Bride aku dalam mimpi ni orang perak ke apa? Confuse aku. Pastu mas kawen lak RM10000 tu. Mahal giler! Kalah nak pinang anak dara overseas grad tu! Dan atas sebab yang tak diketahui aku tak boleh ingat nama perempuan tu walaupun dah puas aku cuba ingat.

Lepas selesai majlis, nenek isteri aku (ceh, isteri la konon tu :P) bagi aku satu kunci. Dia cakap ni kunci vila keluarga dia. Dia suruh aku bawak isteri gi situ dua tiga hari sebelum balik untuk walimatulurus. Aku pun tanya dia kenapa tak buat je terus. Dia tenung aku ngan tenungan amat-amat menyeramkan dan cakap yang aku akan tau sebabnya nanti. Dia cakap jangan risau persedian kat sini dia akan handle. So aku give up dan drive bawak isteri aku pergi vila tu. Bila aku sampai je aku macam kena electric shock tengok vila tu. Besar giler! Siap ader tasik lagi kat sebelah vila tu. Kat belakang vila tu lak macam ader gunung dan hutan skit. Suasana time aku sampai tu kelam skit. Seram pulak aku rasa time tu. So aku angkat lah segala barang masuk dalam rumah tu. Lepas aku dan isteri aku makan malam dia kata dia nak gi baring-baring dulu sebab letih. Hehe.. ni sepatut jadi part first night atau aper tapi aku suruh dia pergi masuk dulu dalam mimpi ni. For some reason.. aku rasa tak sedap hati sangat time tu. Macam ader benda nak datang jumpa aku...

First-first aku ignore dan buat tak tau je rasa tu. Tiba-tiba aku dengar bunyi mengilai kat luar. Aku terus keluar pergi tengok apa yang jadi. Kat laman vila tu aku tengok ader tiga orang perempuan tua. Seorang pakai baju kurung warna putih, seorang lagi warna merah dan yang last sekali pakai warna hitam. Muka dia orang tuhan je tahu seram. Aku tanya dia orang apa yang dia orang nak. Time tu aku dah menggeletar gila-gila. Dia orang cakap dia orang ni bomoh tiga gunung something (sorry, aku dah tak ingat mana dah) dan dia orang datang nak ambik isteri aku. Aku tanya lagi apa yang dia orang nak dengan dia. Dia orang cite lagi yang parents isteri aku pernah buat perjanjian yang dia orang akan serahkan isteri aku waktu dia masih dara kat dia orang jika dia orang boleh buat parents isteri aku ni kaya. Memandangkan malam ni sepatutnya first night hari tu merupakan hari terakhir la dia stay anak dara. Dia nak isteri aku dalam mimpi jadi korban untuk upacara something. Time ni aku dah mula rasa dan sedar ni macam mimpi je. Tiba-tiba je bomoh-bomoh tu terkam aku. Dan korang tau tak apa yang pelik? Aku tiba-tiba je boleh bukak langkah silat. Seumur hidup aku tak pernah-pernah aku belajar silat. Tae Kwon Do ader la. Dan for some reason.. aku rasa macam familiar je ngan bunga-bunga silat tu. Dan tiba-tiba macam ader suara bisik kat aku suruh baca tiga Qul. So sambil dok bersilat dok tepis attack-attack bomoh tu aku baca la tiga Qul tu. Tiba-tiba je isteri aku dalam mimpi ni keluar dari vila tu. Maybe dia dengar bunyi bising kat laman tu kot. Dia menjerit panggil nama aku. Bomoh-bomoh tu terus lari pergi kat arah dia. Tapi nasib baik. Time tu jugak aku dah habis baca tiga Qul. Pastu bomoh-bomoh tu tiba-tiba je menggeliat dan meraung-raung sakit. Aku ingat lagi bunyi meraung dalam mimpi tu. Seram sangat-sangat. Tiba macam-macam ader kilat or something panah bomoh-bomoh tu. Aku tutup mata aku sebab silau. Bila aku bukak balik mata aku tengok bomoh-bomoh tu dah jadi abu. Isteri aku terus lari ke arah aku dan peluk aku sambil nangis. Again aku speechless. Aku tak tau kenapa aku buat macam ni dalam mimpi ni tapi aku peluk dia balik dan cuba tenangkan dia dan cakap bomoh-bomoh tu dah tak ader dah. Apa yang aku ingat aku terus bawak dia balik malam tu jugak. Aku rasa aku tinggal je semua barang-barang kat vila tu. Bila aku sampai nenek isteri aku dan parents aku terus sambut kita orang. Dia orang semua macam dah tau jer apa yang dah jadi. Nenek isteri aku dalam mimpi ni cakap something pasal betul firasat dia pasal aku boleh selamat kan isteri aku tu.Next thing I know, mimpi tu fast foward lagi. Kali ni time walimatulurus kot sebab macam ader orang makan dan for some reason aku ngah bual-bual ngan tetamu tu. Time tu tiba-tiba je aku notice macam wife aku dalam mimpi ni dok tengok kat aku. Dan muka dia macam manja semacam je :P Lepas tu dia bagi signal jari suruh aku ikut dia. Well aku rasa korang sendiri pun boleh bayang macam mana situasi ni kot. Kan kalau aku explain in detail blushing lak muka aku ni. Aku pun ikut dia sampai dalam bilik. Bila aku masuk je dalam bilik tu TIBA-TIBA

je aku tersedar. Bila aku bangun je berpeluh habis badan aku. Tak pernah-pernah aku mimpi sampai macam ni skali. Yang buat aku rasa pelik mimpi ni detail sangat-sangat.. sampai rasa macam betul pun ader. Mimpi ni boleh la kot aku klasifikasikan sebagai PG 13. Nasib baik tak 18 SX. Tapikan.. bila aku check internet petang tadi memang betul lafaz akad dalam mimpi aku ni lafaz negeri Perak. Sebijik serupa. Dan aku sampai demam hari ni sebab mimpi tu. Tapi tak kan la aku kawen betul-betul kot dalam mimpi ni. Mengarut sangat dah tu. Tak pun ni ilham skrip drama datang waktu tido kot. Sebab aku rasa mimpi aku kali ni dah macam skrip drama slot keliwon kat TV3 pun ader gak haha.. Aku tak tau la.. one thing for sure, mimpi aku semalam memang pelik sangat-sangat..

2 people got something to say:

Anonymous said...

Mimpi yang mengagumkan ben hahahha

SyueSyiey said...

Pelik sebab mmg susah nak dapat mimipi yg detail smpai tahap macamtu skaly.. Biasanye mimpi mengarut-ngarut je.. Maybe you should consult an ustaz ke hape.. Who knows mimpi tu has an implied meaning or what >.<

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...