Saturday, May 21, 2011

Universiti Teknologi Mara Machang, 26 Mei 2011, 2.00 Petang

Alhamdulilah..

Akhirnya penantian Mr.B selama beberapa bulan telah berakhir... Mr. B dah pun dapat panggilan interview TESL yang Mr.B dah lama sangat tunggu :D

So Mr.B happy tak skrang ni? Of course la Mr.B happy.. Tapi Mr.B tak nak happy melampau sangat, biar la berpada-pada sudah. Macam mana pun kita kena panjat kesyukuran ke atas ilahi juga atas nikmat kurnianya kali ini..

Mesti korang rasa pelikkan kenapa ayat Mr.B skema sangat kali ni? Sebenarnya Mr.B agak insaf sedikit kali ini. Dalam kegembiraan Mr.B dapat panggilan interview ni ada beberapa orang sahabat Mr.B yang merantap tidak dapat panggilan interview ni.. Sebab itulah Mr.B bersyukur sangat2 yang Allah masih rasa Mr.B layak untuk mendapat nikmat kurnianya...
Kepada sahabat-sahabat Mr.B yang tidak begitu bernasib baik jangan lah korang risau.. Insyaallah tuhan ader menyediakan rancangan yang lebih besar kepada kamu semua.. Jika TESL bukan rezeki buat kamu mungkin nasib kamu berada dengan EPC, Literature, Linguistic ataupun Masscom. Sesungguhnya tuhan juga yang maha merancang..

Mr.B sebenarnya ngah sedih skit ni, mungkin korang dah terdengar atau terbaca berita anak-anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang terkorban dalam tanah runtuh. Kita sedekahkan lah alfatihah kepada mereka semua.. Insyaalah tuhan ader menyediakan tempat istimewa untuk mereka di syurga.. Mr.B sebenarnya suka sangat kanak-kanak, sebab tu la terasa skit bila dengar berita pasal kejadian ni..
Bagi mereka yang belum tau pasal berita ni boleh lah klik SINI

Ok lah, Mr.B ucapkan tahniah pada semua yang berjaya, Lets do and pray for the for our interview later okay guys! Fighting! d(^^)b


0 people got something to say:

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...