Sunday, June 5, 2011

Nak GF pakai shawl ke nak yang free hair?

Tajuk entry yang agak "panas" skit kali ni. Ader satu event yang berlaku kat aku baru-baru ni yang buat aku terfikir pasal isu pakai shawl ke tak ni. Meskipun menutup aurat itu penting post kali ni bukanlah bertujuan untuk mengutuk atau menghentam wanita-wanita tidak bertudung di luar sana. 

Actually aku percaya dengan idea falsafah yang meskipun wanita tu tidak memakai shawl hati dia still baik. Sebab ader antara sahabat aku yang tidak bershawl tapi aku tau hati budi baik. Tapi aku akui gak kalau dia orang pakai shawl lagi la bertambah kebaikan dia. Main idea yang aku nak stresskan dalam entry kali  ialah

BETAPA PENTINGNYA PENGLIBATAN LELAKI DALAM MENANGANI ISU INI!

Aku mulakan dengan satu perbualan yang aku secara tak sengaja tercuri dengar kat atas bas

#Conversation Start# 

Lelaki Poyo 1: Ni gambar awek ko eh? Cun gak wei *sambil melihat telefon member

Lelaki Poyo 2: Of course ar.. Aku ni kan taste high class skit haha..

Lelaki Poyo 1: Hahaha.. tapi wei mak ko tak marah ke wei yang ko cari awek free hair ni?

Lelaki Poyo 2: Wat aper dia nak marah, aku main-main je ngan perempuan ni, bukannya nak buat bini apa pon, aku nak kawen betul-betul nanti aku cari ar yang memang  dan pakai tudung ni

#End of conversation#

Pekara pertama yang aku nak cakap ialah selamat berjaya kepada saudara tersebut dalam mencari wanita bertudung untuk dijadikan suri rumah beliau suatu hari nanti. Macam mana pun kita kena la wish gud luck kat dia sebab dia still nak cari wanita bertudung untuk jadi wife nanti.

Malangnya... setakat part nak ader isteri bertudung tu je la yang aku setuju ngan dia. 

Aku pendekkan cite kat korang

Aku tak setuju mamat tu sekadar ada relationship ngan awek dia skrang ni semata-mata nak suka-suki dia je. Pandai je eh ko berjanji macam-macam ngan anak dara orang pastu kau blah cari perempuan lain. Pastu still ader hati nak cari isteri yang pakai tudung dan baik semua lak tu. Padahal perangai entah-entah dan macam setan.

Ni la antara contoh terbaik lelaki yang tak boleh pakai. Kalau betul kau sayang sorang wanita tu dorong la dia untuk berubah.. slow talk dan bagi teguran berhikmah kat perempuan tu. Nak berdakwah ni kita tak perlu jadi ustaz atau aper saudara. Cukup la kalau niat dakwah kita itu ikhlas dari hati..

Mungkin dengan izin allah yang maha pemurah wanita tu lembut hati dan berubah. Korang jugak yang dapat pahala tambahan nanti. Nak lagi best korang dah dapat sorang calon isteri yang bertudung dan menutup aurat tu :) Insyaallah aku doakan agar ikatan korang mendapat keredhaan darinya..

Final words?
Kalau kita nak isteri yang baik kita kena ke la mengubah diri kita jadi baik juga.. Ni dah perangai macam setan ader hati nak bini baik

PS: Doakan agar Mr.Ben juga tergolong dalam golongan yang mampu mengubah wanita yer :)

5 people got something to say:

Sara Cullen said...

Terbaekk ! Hehe betol gak tuh. Selalu dengar org jantan tak sedar diri cakap camtu. Perangai cam setan tapi ada hati nak bini baek =='

Lisa said...

aww..doa kn yg trbaik klau btul llaki nk lg ubah wnita ke arah yg lg baik...dia suru take off tudung ade la...hmm. -lisa was here.:)

Faraheen Hazirah said...

knape guna istilah pakai 'shawl'? knape tak gune istilah pakai 'tudung' je? shawl tu kan sejenis tudung jgk. tp tudung bawal dll bukan sejenis shawl

Mr. Ben Franky said...

To along. sebab syafiq guna istilah shawl yg sebenar, sebab kalau ikut kamus apa2 jenis kain yang digunakan untuk menutup kepala oleh wanita boleh panggil shawl, tp sekarang kebanyakan orang dah commercialize nama shawl tu, sampai shawl dan tudung bawal dah jadi dua jenis benda berbeza, ni reference yg syafiq guna

shawl
Definition taken from Cambridge online dictionary from the following url
http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/shawl?q=shawl
- a large piece of cloth worn especially by women or girls over their shoulders and/or head

Basically shawl yang syafiq guna kat sini ialah shawl dari segi bahasa la bukan dari segi jenis :) Lagi pun zaman dulu mana ader tudung yg macam2 jenis ni, so dlm dictionary shawl tu blh guna utk apa jenis tudung pun
sorry kalau syafiq dah cause confusion kat atas tu :P ni malas guna bahasa rojak ni hehe

siti khadijah said...

.yeah.^^.lelaki yang baik untuk perempuan yang baik :)

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...