Friday, August 12, 2011

Antara Hipokrit Dan Self Upgrade

Kalau time bulan Ramadhan ni kan ramai yang kita dok perhati dok terlibat dalam agama. Muka-muka yang dulu kita tak pernah tengok pergi masjid pun tiba-tiba je rajin pulak ikut aktiviti masjid. Mereka-mereka yang dulu nak mintak derma pun payah tiba-tiba rajin la pulak nak sponsor segala aktiviti ke agamaan macam ceramah agama atau apa. Semua pakat rush nak kejar manafaat bulan Ramadhan ni...

Ramai yang kita tengok dok terkejar nak buat ibadat skrang kan?

Kalau kita tengok dekat facebook pun lebih kurang sama je. Kalau dulu kita tengok page orang tu kosong jer.. skrang ni penuh dok share segala jenis info agama. Kadang-kadang Mr.Ben terfikir gak dia orang ni baca tak materials yang dia orang dok share tu. Bila kita try test tanya skit pasal topic yg dia share tu alhamdulilah la at least dia boleh bagi rough opinion.. Maknanya dia bukan kejar glamor atau apa dok share segala benda tu. Tapi Mr.Ben rasa ada je mereka yang main share je sebab nak dapat nama orang warak atau apa..

Bila kita tengok orang yang dulu jarang terlibat dalam aktiviti agama dan sebagainya tiba-tiba je terlibat mula la keluar cite-cite yang tak berapa "lazat" ditelan sangat. Yang mereka dok kecoh nak sebarkan knowledge agama tapi mereka tak cuba pun praktikan.. Yang mereka tu hipokrit dan segala bagai.

Kalau kita soalkan dia orang pun mesti dia orang marah bila kita tanya macam tu kan? Dia orang dok kata yang apa yang dia orang buat ni ialah self upgrade.. bukannya something hipokrit mahu pun hippopotamus -.-" Ok dah mula dah mai kesengalan Mr.Ben nih haha.. -.-"
So yang mana satu yang betul? Mereka ni hipokrit ke mereka yang nak self upgrade diri?

Well.. The answer is...

Dua-dua pun betul..

Dua-dua golongan ni memang wujud.. Ada yang hipokrit cuma nak dapat nama.. Tapi ada yang memang ikhlas nak self upgrade.. Oleh kita sebagai saudara sesama Islam bagi la sokongan kepada mereka semua ni. Pastikan kita sentiasa bersangka baik.. Sama ada dia orang hipokrit atau tak semua tu antara dia orang dengan tuhan.. Bukan kita yang menentukannya.. Lagi pun kita kena ingat, segala bermula pada niat. Jika niat dia betul dok sebar segala knowledge tu sebab nak kejar pahala dan perbaiki diri.. Insyaallah ada balasan yang baik untuk dia orang.. Tapi jika sebaliknya pulak.. perbuatan dia cuma sia-sia je la. Dan tu cuma antara dia dan tuhan je yang boleh jawab.. Tapi sebenarnya mudah je kalau korang nak tau dia tu hipokrit ke tak sebenarnya. Cuba korang try tanya soalan pasal materials yang dia sebar tu? Boleh tak at least dia cite secara kasar? Kalau gagap tu memang sah ler dia dok main share je -.-" haish dunia-dunia..


2 people got something to say:

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...