Thursday, August 11, 2011

Maki Hamun Tu Bukan Dakwah!

Assalamualaikum and good er... afternoon kot skrang ni. Mr.Ben blur skit dua tiga hari ni sebab baru je lepas ok dari demam -.-" But Anyway my blog post is up and running again XD Hoyeah!!!!

*Sedang dok syok sendiri membayangkan yang follower-follower Mr.Ben pakat dok tepuk tangan dengar pengumuman ni -.-" haish, I need to get a life T_T

Back to main topic, pernah tak korang tengok orang pakat dok sound orang kat FB atas nama dakwah?

Sebagai contohnyakan

xxxxxxxxx

Manusia A : " B*B* ! Ko sedar tak apa yang ko buat skrang ni salah di sisi agama! Pergi mampos la ko! Haram jadah! Baik ko masuk je la neraka cepat!"

Manusia B : "Allah.. bro rilek la dulu, kot ye pun jangan la sound dia sampai macam tu"

Manusia A : "Manusia B ko diam! Aku nak dakwah  manusia C ni! Ko apa tau"

xxxxxxxxx

Seriously dude? Where is you common sense? Korang fikir ada ke manusia dalam dunia ni yang nak terima dakwah kita kalau kita panggil dia b*b*. Ni senario yang banyak kita tengok dekat Facebook skrang ni. Dok sedap je sound orang pastu cite kat orang lain yang sesi sound meng"sound" kita tu dakwah.. Bukan macam tu cara dakwah saudara. Bukan ke dalam buku teks pendidikan Agama Islam sekolah menengah ada cite pasal adab berdakwah ni? Tak kan tak tau kot? Manusia mana yang nak terima dakwah kita kalau kita dok sound dia macam anak bini kita sendiri?

Lagi pun korang tau tak.. manusia lagi takut dengan mereka yang dok berdakwah cara lembut dari mereka yang dok sound orang tanpa usul periksa sangat. Kalau tak percaya cuba korang check group-group yang banyak dok menghina Islam kat Facebook tu. Orang yang marah dan dok kutuk dia orang mana ader dia orang delete. Dia macam lagi enjoy ada la dok main balas balik kutukan orang yang kutuk dia orang tu. Tapi bila ada orang tegur lembut-lembut berdasarkan hadis dan al-quran laju je dia orang delete dan ban dari group dia orang. Kenapa korang rasa jadi macam tu yer? Sebab kutukan tu je la yang dia orang boleh balas.. Bila orang tegur secara lembut dan penuh respect dia orang delete cepat sebab dia orang tak der point nak balas teguran macam tu. Dia delete sebab takut orang yang tegur secara lembut ni beri ancaman pada group dia orang.. 

So do you see my point now? Dah terang lagi bersuluh kot dakwah secara lembut dan guna psychology tu lagi berkesan dan effective.  Mr.Ben ni bukan la lulusan sekolah agama atau apa. Tapi tak bermakna ilmu dakwah tu kita tak boleh belajar.. Kalau kita setakat tegur member kita supaya jangan mencarut di bulan ramadhan pun dah dikira sebagai dakwahkan biar pun pada kita tak seberapa sangat. Tututan dakwah tu tetap ada walau apa pun latar belakang akedemik kita kan?

Anyway Mr.Ben ni ada la pengalaman skit dalam bab debating ni. Kalau kita perhatikan debating ngah dakwah ni lebih kurang je sebenarnya. Dalam debate kita kena yakin kan pihak hakim yang hujah kita tepat dan betul. Kalau dalam dakwah pulak kita kena yakinkan orang lain yang apa yang mereka buat tu salah dan pujuk mereka kembali ke jalan yang asal..

So as usual kalau tak ader tips mana la sah post Mr.Ben ni haha.. -.-"

Tips Debating yang boleh digunakan untuk dakwah yang lebih effective!

1.Be gentle
Yeah you heard me right. Dalam debate kita tak boleh emotional dalam deliver point kita. Banyak kena tolak markah dengan hakim kalau kita emotional nanti -.-" Sama la gak ngan dakwah. Kita kena lembut dan slow-slow bila berdakwah ni. Jangan emotional bila dia orang bankang point kita tu. Biasala.. manusia semua ada ego kan? Mana ada orang mudah-mudah nak mengaku dia salah haha.. -.-" Just take it slow and Insyaallah it will work out just fine :D

2. Make sure you have a point and strong base
Kalau dalam debate kan kita tak boleh memandai bagi point macam tu je. Nanti mudah je pihak lawan snap point kita. Kalau dalam dakwah pun sama je. Point dan base kita adalah al-quran dan sunnah. Jangan membuta tuli cuba berdakwah jika kita sendiri tak cukup lagi knowledge untuk confront sesuatu topic. Maksud "tak cukup" kat sini sebenarnya ialah tak ader ilmu langsung. Dok main terjah je. Actually untuk debater yang bagus kalau ader knowledge skit je pun dia dah boleh buat point yang strong dah. So why should dakwah be any different?

3. Know how to manipulate an opponent point
Kadang-kadang dalam debate pihak lawan kita akan bagi point yang weak yang boleh kita gunakan balik. Dakwah pun of course la sama. As an example, nii merupakan satu dialog yang pernah Mr.Ben dengar.

xxxxxxxx

Seorang ustaz yang Mr.Ben respect : Kenapa awak ni tak pakai tudung.. kan tudung tu wajib bagi muslimah perempuan?

Awek tak bertudung yang perasaan hot : Ustaz! Step-step by step je la! Apsal nak tegur saya sekali gus macam tu!

Seorang ustaz yang Mr.Ben respect : Step by step? Boleh-boleh.. Awak masuk neraka start peringkat paling rendah dulu. Pastu awak naik step by step sampai nereka jahanam.. Awak nak macam tu ke?

Awek tak bertudung yang perasaan hot : .... terima kasih sebab tegur saya ustaz..

xxxxxxxx

Ustaz ni sebenarnya salah seorang guru yang mengajar Mr.Ben dulu. Memang Mr.Ben cukup hormat kat dia sebab cara dia mengajar informative tapi giler-giler sengal hahaha -.-" seriously memang tak boleh tahan gelak kalau dia yang mengajar. Tapi kalau korang tengok kan pandai tak dia manipulate point orang yang dia nak dakwah tu? Cuba korang praktik cara ni XD.

4.Know your topic
Silap besar dalam debate kalau korang tengah syok dok pop pet pop pet bercakap tapi dah jauh off topic. Sampai hakim pun dah naik blur apa yang korang dok cakap ni sebenarnya -.-" Dalam dakwah lak make sure jangan luas sangat topic dakwah korang tu. Jangan sebab orang tak pakai tudung ko pergi tegur sampai ke cara-cara nak mandi wajip pulak -.-" Focus pada satu topic agar mudah orang yang nak terima dakwah korang tu faham. Tau la korang ngan semangat nak dakwah tapi jangan la over sangat -.-" kesian orang yang dok dengar dakwah korang tu dok terkebil-kebil mata sebab blur dengar korang cakap panjang berjela tu haha -.-"
Oh My God.. Saya cuma mampu nganga je dengar dia dok bercakap dari tadi.. (Gambar Google)
So that is all I guess. Banyak lagi sebenarnya teknik debate yang boleh kita pakai dalam dakwah ni. Tapi kalau nak sebut satu-satu pas esok pun tak habis Mr.Ben cakap nanti -.-" Apa korang ingat debate ni mudah ke? Kalau mudah asal ramai lawyer yang harap je ader degree in law tapi bila bercakap langsung tak ader point? Asal ramai je yang nama ahli politik tapi bila kena soal ngan media jawab tergagap? Mr.Ben rasa akak-akak yang selalu dok berdebat harga barang kat pasar borong pun lagi terer dari dia orang dalam bab debate ni hahaha.. -.-"  So moral of the story tak der ruginya kalau korang try nak master ilmu debate ni. Boleh jugak korang gunakan untuk berdakwah XD



2 people got something to say:

A's said...

good article Mr.Ben! ur follower pun semakin bertambah..it show your blog makin diterima..keep blogging :) i'll always support u :)

Ben Frankenstein said...

@Bitter aww.. shucks haha.. Thanks for the support, you don't know how much that mean to me :)

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...