Thursday, September 1, 2011

Looking Back At The Past Ramadhan..

Bulan Ramadhan dah pun lepas.. Bila aku imbas balik alhamdulilah dah banyak benda yang aku mampu capai dan boleh tick dekat senarai wishlist aku untuk bulan Ramadhan lepas

(Google)
Hmm.. jom kita review balik ok

1) Khatam Al-Quran
Alhamdulilah it was a success :) Tapi susahnya nak kejar bacaan tu in time tuhan je la yang tau. Dah la Ramadan 29 hari je tahun ni. Next Ramadhan kita target baiki bacaan dan tajwid pulak :) Insyaallah kalau masih panjang umur nak jumpa Ramadhan tahun depan.

2) Segment The Daily Hadith untuk blog
Sadly speaking aku terpaksa postpone dulu segment ni. Antara sebab dia aku tak yakin jika aku betul-betul mampu nak translate hadis-hadis tu betul-betul mengikut pemahaman yang sebenar. Kalau aku main ikut sedap je translate nanti lari pulak dari segi maksud tersirat hadis-hadis tu. Kalau sekadar nak translate dari segi bahasa tu maybe mudah je aku nak buat tapi dari segi maksud tersirat tu tuhan je la yang tau. Sedangkan professor yang mahir dalam bahasa arab pun tak berani nak translate hadis kot bahasa lain sebab takut lari maksud inilah lagi aku yang masih terkial-kial lagi nak cari pegangan agama yang lebih kukuh ni. Aku sampai ke tahap terpaksa bincang dan tanya persoalan ni pada dua tiga orang ustaz. Dia orang kata tindakan yang aku ambik untuk berhenti translate jap tu dah betul. Sebab bukan sebarangan orang yang boleh translate hadis ni. Dia orang kata even budak lulusan sekolah agama sekali pun tak boleh memadai terjemah dan guna hadis secara membabi buta jika sekadar ingin menguatkan hujah. Semua ni persoalan samaada ilmu kita yang didada ni masih cukup atau tak untuk buat benda tu. Tapi alhamdulilah aku still mampu nak baca dan cuba faham hadis-hadis tu sedalam yang boleh.. Kalau korang nak faham lagi pasal perkara ni aku rasa baik korang tengok video ni ok :) Karang nak explain satu-satu panjang sangat lak -.-"


3) Solat Terawih Complete Sepanjang Ramadhan
Bab solat terawih ni alhamdulilah cukup. Tapi benda ni jadi isu gak sebenarnya. Sebab sampai dua surau aku pergi jemaah dia ader habit susah nak rapatkan saf. Sampai aku pergi tanya tok Imam kenapa tak mintak jemaah rapatkan saf dulu? Bukankah merapatkan saf tu sebahagian dari kesempurnaan solat? Tapi dia orang boleh lak cakap kat aku orang muda jangan nak sound orang tua. Sound pekebendanya macam tu! *facepalm -.-" Aku cuma cakap kat dia lembut-lembut je kenapa tak mintak jemaah rapatkan saf. Last-last aku nekad pergi sembahyang kat surau kampung sebelah. Sampai semua orang kat surau kampung tu tengok aku pelik semacam sebab dok hairan kenapa aku pergi solat terawih jauh sangat haha.. -.-"

4) Tak Tertinggal Sahur
Benda ni bunyi je mudah tapi nak bangun awal tuhan je tahu betapa liatnya aku -.-" Mula-mula aku ingat boleh la harapkan mak aku kejutkan sahur. Tapi mak aku pun manusia biasa gak. Kadang-kadang terlepas gak nak bangun awal-awal. Memang la kita disunatkan melewatkan sahur.. Tapi lewat sampai sepuluh minit lagi nak azan subuh sahur pun tak berapa sesuai gak -.-" Last-last aku buat habit tido skejap sebelum zuhur supaya aku tak perlukan tido mana pada waktu malam. Tapi of course aku terpaksa tido awal gak. So dekat sebulan la gak kerja aku dok kejut family aku bangun sahur tu. Pada korang yang selalu terlepas sahur aku nak kongsi info skit. Sahur ni lah antara beberapa perkara yang membezakan antara puasa muslim dan puasa yahudi.. So seelok-eloknya kita tidak buat tabiat yang ada dalam agama lain.

4) Tak Kurang Berat Langsung!
Hahahahahahahahahaha.. Meskipun sebulan berpuasa weight loss aku ialah 0 KG :P Siap boleh naik lagi berat 0.5 KG -.-" Want to know the secret? Jangan skip sahur langsung. Sebab kalau korang skip badan korang akan guna dan bakar lemak yang ada dalam badan korang untuk hasilkan tenaga. Badan kita perlukan skit lemak untuk mantain berat dan kekalkan haba :) Er.. actually aku pun melantak bagai tak ingat time bukak puasa -.-" tu kot yang berat tak kurang tu haha..

That pretty much sums up all of it I think. OH! By the way, ramai yang dok tanya pasal gambar raya kan? The thing is... sorry guys :( I got myself a new camera and I am still having a hard time to understand all of its settings. I been wondering why all the pics that I took turn out to be horrid and in bad quality even though when I test the camera at the shop the pic was in HD quality. Rupa-rupanya aku dok ambik gambar guna manual settings T_T patut la gambar-gambar semua tak menjadi mana. But I still got a surprise for you guys~ It is not really something related with Raya but it is still pretty wicked! Wait for my next post for the surprise ok!  

2 people got something to say:

Fiery Phoenix said...

org masjid x patut ckp camtu kat ko pasal rapatkan saf tu =_='' ni mcm kes adik aku kat ipoh. dye ngan kwn2 dye pegi bukak puasa kat masjid, pastu ada pak cik tu sound "ni semua dtg nak melantak jela ni". dia cam marah pasal budak2 ni x solat terawih. adik aku kata diorg busy ngan assignment sbb tu x sempat sgt nk terawih hari-hari..

Ben Frankenstein said...

@Fiery Phoenix Kita dulu pun sama. Mana sempat nak gi terawih dok berperang ngan segala assignments dan kuliah tu, tp parah la kalau org muda tegur skit dah touching, memang la yg muda tak selalunya betul, tp yg tua pun sama gak. Dah nama pun manusia mana ada yg perfect. Sama2 la kita perbaiki satu sama lain ye x?

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...