Sunday, September 18, 2011

The Winding Road To Degree : Part 3 (Bila Lelaki Bujang Pergi Shopping)

Hari ni housemate aku dan termasuk dengan tuan punya blog sekali cuma terlentang atas katil sebab sakit urat -.-" Ni semua sebab cadangan giler dia orang nak pergi shopping dekat Plaza Alam Sentral dengan jalan kaki. Saya ulangi dengan JALAN KAKI. Padahal kalau kita orang naik bas Rapid pun seringgit je kot. Betapa kedekutnya kita orang -.-" Memang shopping la sangat kita orang nih. Jalan-jalan je lebih :P Anyway ni dah kali kedua kita orang pergi shopping sebenarnya. Tapi untuk shopping kali pertama tu kita orang cuma keluar pergi Giant kat Seksyen 7 sebab nak cari heater dan iron untuk bilik je. So aku rasa macam tak berapa berbaloi la pulak nak blog pasal yang tu. Tapi untuk shopping sambil jalan-jalan kali kedua nih kita orang sempat pergi Shah Alam Lake Garden, Kompleks PKNS, SACC Mall dan tentu Plaza Alam Sentral. Sampai empat tempat sekali gus kita orang pusing dalam satu hari -.-" 

 So macam mana kita orang boleh tiba-tiba dapat idea nak keluar pergi semua tempat nih? Well memandangkan hari jumaat yang lepas kita orang cuti sebab hari Malaysia kita pun mula la plan nak keluar. Satu je benda yang aku kesal pasal kita orang keluar kali nih. Sebab budak-budak ex-Foundation TESL Melaka pun ada buat macam reunion kecik hari tu. Tapi planning reunion tu macam last minute giler. Sampai clash dengan planning aku nak keluar dengan housemate. So aku berbelah bagi nak ikut yang mana :( Tapi mengenangkan yang aku ada empat tahun lagi nak study kat UiTM Shah Alam nih dan aku dan housemates aku pun baru kenal gitu-gitu jer aku rasa baik ler aku keluar dengan housemates dulu so boleh rapat dengan dia orang. Lagi pun aku dah lama pasang niat nak cari printer dengan external hard disk kat Plaza Alam Sentral tuh. Assignment tak lama lagi bakal berlambak aku rasa so memang aku perlukan printer tuh sebab printing kat kedai kat Shah Alam ni cekik darah giler! Sampai 30 sen sehelai kot! So I take account what I consider as an important issue first. Tapi ex-Foundation Melaka pun penting gak. Kalau nak buat reunion lagi cakap la awal-awal skit ok :) Biar semua orang boleh join baru gempak.

So lets get to our first stop, Shah Alam Lake Garden! Tempat nih boleh tahan cantik la. Kalau ikutkan aku rasa jarak dia tak sampai 10 minit pun dari rumah kita orang. So kalau kita orang nak berjoging kat sini waktu hujung minggu pun boleh. Tu pun kalau "rajin" ler :P Tapi actually aku rasa Shah Alam Lake Garden ni still tak boleh lawan Taiping Lake Garden lagi. Tapi not bad la.

From Left : Bahri, Wan, and Me
From Left : Sidi, Me and Wan
Yeah semua empat-empat orang ni la housemates Mr.Ben nih. Sepatutnya ada 6 orang tapi dua orang lagi balik rumah hari tu. Untung la rumah dekat :P

Actually kita orang empat orang ni pun boleh tahan camwhore gak sebenarnya -.-"

Masing-masing muka nak mintak kena lempang -.-"
Low quality pic -.-" Dah la aku posing macam hampeh
Dia orang ader sedia khidmat Kayak kat sini. Maybe nanti kita orang boleh try la kot

Agak-agak dekat setengah jam jugak la kita orang dok lepak dekat taman Shah Alam Lake Garden tuh. Tak buat apa sangat pun. Setakat lepak-lepak tengok suasana situ je. Boleh la kalau setakat nak cuci mata. Lepas tu kita orang tengok-tengok kompleks PKNS pulak :)

Kita sempat survey harga laptop kat sana. Tapi PKNS ni tak banyak mana choice actually. Macam tak berapa best shopping kat sana. Aku cuma beli Laptop Cleaning Kit je waktu kat sana.

Kompleks PKNS (google)
Tapi bagi kaum perempuan maybe dia orang suka la kot PKNS ni. Sebab kat sini banyak giler kedai baju perempuan.

Memang banyak pilihan bagi perempuan yang nak shopping baju kat PKNS nih (google)
Sorry.. Untuk PKNS nih banyak gambar google je sebab kita orang tak ambik gambar mana kat sini. Bagi lelaki kurang skit "tertarik" dengan PKNS nih kot. Rasa gerun pun ader kot sebab kalau bawak makwe datang dating sini memang boleh pokai poket kita orang sebab kat sini banyak barang perempuan -.-"

So lets get to our next destination SACC Mall :D


SACC actually lagi jauh lagi best dari PKNS! Seriously! Cuma dia orang tak banyak mana kedai gadget nih. So kita orang yang memang tengah cari laptop, printer dan segala benda electronik memang tak hang out lama mana la kat sini. Tapi banyak giler kedai dalam nih. So pilihan dia lagi banyak compare dengan PKNS.

Disebabkan kita orang mengada-ngada nak jalan kaki pergi sini kaki kita orang habis sakit -.-" Jadi test kerusi urut ni dulu :P

Si Sidi ni aku rasa kalau kita orang biar je boleh lena dia atas kerusi nih -.-"
Kita orang sempat check Plan Digi kat center dia jap. Dengar citenya Digi dah best dah sekarang. Macam biasa muka aku tak fotogenik mana bila ambik gambar -.-" Dan muka si Sidi pulak macam tengah tido :P

Actually kan akak dekat center tu gelak bila kita orang ambik gambar dengan maskot Digi nih :P Biar je ler. Kita orang memang muka tebal pun :P

Waktu kat section barang elektronik kita terjumpa gambar Cardboard nih. Tapi si Wan sorang je la yang berani pergi try test :P
Again kita orang tak beli apa-apa pun kat sini. Just tengok je banyak.

Akhirnya kita orang sampai gak kat Plaza Alam Sentral ><
Plaza Alam Sentral (Google)

Seriously speaking antara banyak-banyak tempat aku pernah shopping sini la yang paling best! Lebih-lebih lagi tingkat tiga dia. Sebab kat situ ada kedai-kedai elektronik dan gadget yang terbesar kat Shah Alam. Cakap la nak beli phone ke, laptop ke, printer ke.. Baik secondhand atau firsthand semua ada kat sini

Kita orang makan dulu bila sampai tuh. Waktu tu dah dalam pukul 7 dah aku rasa.
Tak silap kita orang waktu kita orang sampai tu ada artis adik beradik kembar perempuan tengah perform. Tapi aku tak sure saper. Dah puas cuba search kat internet tapi tak jumpa.Tapi suara dia orang boleh tahan sedap la. Dah macam yuna ada aku tengok. Korang tau tak saper artis indie kembar perempuan? Kalau korang tau korang cite kat komen ok :) Sebab waktu dok layan je lagu dia orang aku jadi hanyut sampai lupa ambik gambar haha.. -.-"

Interior Plaza Alam Sentral (Google)
Kalau korang datang seriously korang kena pergi 3rd Floor dia! Lebih-lebih lagi kalau nak cari laptop atau apa. Sebab kat sini memang dah boleh lawan lowyat kat KL tuh. Banyak giler choice yang ader. Agak lama jugak la kita orang kat sini. Dok pusing-pusing dalam plaza nih sambil cuci mata.

Bila kita orang nak balik tu kita orang decide untuk naik bas gak sebab dah dekat pukul 10 malam bila kita orang habis shopping tu. Lagi pun barang-barang yang kita orang beli memang agak banyak so memang kerja giler kalau kita orang nak balik jalan kaki sambil bawak barang-barang tu -.-". Bila kita orang sampai kat seksyen 2 kita orang sempat try ABC seksyen 2 yang famous tu.

Kita try flavour strawberry :P
So korang nak tau tak berapa banyak barang yang kita orang satu rumah beli?

So jawapannya ialah er...
Sekarang korang faham kan kenapa kita orang tak boleh balik jalan kaki. Banyak giler kot barang yang kita orang beli -.-"
Dan ni barang-barang yang aku sendiri beli pulak :D

Printer Injet Photo All-In-One complete with scanner Canon Pixma MP258 (Modified)
Cun kan :P harga RM240(Including refill inks and modification price) Kalau base price tanpa modified harga dia cuma 180 jer.

Aku dah mintak tauke kedai tu modified printer ni so dakwat dia tahan lagi lama.




So skrang aku boleh print assignment puas-puas tanpa perlu risau harga printing yang cekik darah lagi! Selain tu aku boleh print lewat malam tanpa perlu risau terpaksa kalut print last minute. So boleh la buat assignment last minute :P hehe.. gurau je. Saya seorang student yang patuh pada dateline *konon

Hitachi Touro Mobile 500 Gigabytes Hard Disk

Finally aku ader Hard Disk sendiri!
Harga yang sepatutnya RM259 tapi lepas puas bertekak dengan tauke kedai tu aku dapat discount sampai RM180 jer :P
Sebenarnya aku boleh cari yang lagi murah pada nih. Kalau brand Seagate tak sampai RM150 pun. Tapi tak ader waranty la pulak. Aku risau skit nak beli gadget yang tak ader warranty nih. So aku bayar la lebih skit so dapat warranty.

so kalau estimation aku betul jumlah yang aku dah spend untuk dua barang nih dlm.. RM420 kot? Duit Simpanan aku hari tu ader RM900 so RM900-RM420=RM480. RM480 je yang tinggal? Risau pulak aku tengok saving aku merosot mendadak macam nih. Tapi nak buat macam mana.. memang aku perlukan dua-dua benda nih. Bukannya aku beli benda mengarut-ngarut. Tapi lepas nih aku kena watch out spending aku skit kot. Kena hati-hati skit  in case ader emergency nak kena guna duit pulak.

Tapi sebenarnyakan aku ingat nak buat berniaga la guna printer aku ni. Sebab aku tengok kedai printing kat sini banyak yang cekik darah sampai 30 sen black and white dan 50 sen colour. Kalau korang nak print datang la rumah aku Meranti B/403 yer :) Harga cuma 20 sen black and white dan 30 sen half page colour dan 40 sen full page colour :) Jauh lagi murah dari kedai kat luar. Kalau korang nak photostat pun boleh tapi harga mahal skit la dari kat luar sebab ni photostat guna scanner printer. Harga photostat pun sama dengan harga print :D

Kalau planning aku betul aku patut dapat balik modal untuk beli printer ni lepas lebih kurang dua kali tukar dakwat :) Ok! Till next episode then!

5 people got something to say:

Lil Tiger said...

First of all, OMG TAK TAU PUN YANG PLAZA ASAM CENTRAL IS A KEWL PLACE TO SHOP.

2nd,nana ketawa sampai tersedak bila baca part ni "Hari ni housemate aku dan termasuk dengan tuan punya blog sekali cuma terlentang atas katil sebab sakit urat -.-"

hahjahahahahahaha.

Next, yeay tak sangka saya berpeluang menggunakan external Ben yang masih ada bau kedai tu :P

Thank you for the informative yet amusing post! :D Lain kali takyah lah jalan jau-jauh lagiii, hehe.



p/s: Outing haritu tak menjadi sangat T__T

Lil Tiger said...

*ALAM BUKAN ASAM

wth nana wthhhh

Ben Frankenstein said...

@Lil Tiger You never fail to melt my heart with that cute side of yours nana T_T haha.. well kita orang satu rumah memang kaki misadventure skit bila bab-bab outing nih :P we aim to conquer every places in Shah Alam, KL and such in this 4 years. Maybe in the future we could go out together :) Er.. I mean go out as in go outing not the "go out", not that I don't think you are not pretty and cute, you are pretty and cute, well er.. *wtf ben! never mind me, just ignore what I said T_T

Reen said...

haha,, betul ke alam sentral boleh lwn lowyat bennnn? haha. lawak bab sakit urat. haiyaaa. tak jauh sgt la. kena banyak exercise pasni. gud luck teroka shah alam n kl :) lol

Sara Shaari said...

waaah...aku kat utm ni, nak kelua sampai kat gate tu pon dah semput..huhu

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...