Thursday, January 12, 2012

Teori blogger perlu cari pasangan bukan blogger kalau nak kekal

Apa kes tah tiba-tiba aku nak berteori bagai nih -.-" I don't know, suddenly this thought cross my head. Korang pernah terfikir tak pasal ni? Haha.. You know, we as bloggers always seems to define our self as a complicated bunch of people. That is why we need our blog to express our ideas.. thought.. memory.. and of course not to be forgotten the ever popular theme in writing a blog post, our own freaking feelings. Ok apa aku meraban ni -.-" Baiklah! Demi untuk memudahkan korang faham dalam bahasa mudahnya sesetengah bloggers ni merupakan golongan yang sering berfikir terlalu banyak atau mempunyai fikiran yang memang complicated. Disebabkan itulah sesetengah dari kami ni buat blog. Supaya kami ada channel untuk express segala idea kami. Sesetengah yer! Bukan semua blogger macam tu =)

Bloggers sometimes define themselves as a complicated bunch of people..
Sebelum aku pergi dengan lebih dalam pasal topik ni baik aku cite skit apa itu teori. According to merriam webster dictionary website theory is a abstract thought or a speculation. Teori merupakan satu buah fikiran yang abstract atau tak lebih dari sekadar satu spekulasi. Jadi kalau korang tak setuju ke apa tak perlu la nak marah kat aku atau apa sebab teori ni tak semestinya betul atau boleh apply kat semua orang =) ( Nama pun teori bukan fakta tau! )

So back on the main topic why do you think a blogger or a blog writer need to find a partner among a non blog writer? Untuk faham pasal ni kita kena pergi balik pada pendapat bahawa blogger merupakan golongan yang berfikiran complicated. Kalau blogger ni boleh dikatakan sebagai mereka yang complicated maybe mereka yang bukan blogger tu merupakan golongan yang lebih simple stail pemikiran dia orang. Lebih simple pada pendapat aku kat sini dia just go with the flow dah tak terlebih fikir sangat pasal satu-satu benda tu. Kita ambik buah durian sebagai contoh. Yer... korang tak silap baca. Aku baru saje kata aku nak guna buah durian sebagai contoh untuk explain pasal orang complicated dan simple nih -.-" 

Kes membeli durian 1

Kenapa dengan aku nih hah??? Dalam banyak benda durian gak aku buat contoh, bukan aku makan pun -.-"

Mereka yang simple maybe bila dia orang nampak buah durian apa yang mereka fikir "Weh! Durian weh! Kalau bawak balik makan ngan roommates best nih!". Manakala untuk mereka yang complicated lak mereka maybe dia orang fikir "Weh ada durian! Eh jap? Agak-agak durian ni jenis apa yer? Jual kira kilo ke kira bijik nih? Hmmm.. Kalau aku beli tak habis lak nak buat macam mana lak? Tak kan nak buat tompoyak lak kot... Housemate-housemate aku kat rumah tu makan tak tempoyak? Karang membazir lak, maybe...(Aku potong sampai sini je sebab banyak sangat persoalan dia nih -.-" )

So yeah, maybe mereka yang complicated ni nampak berbeza atau lain kalau nak compare dengan mereka yang simple nih. But do you know that differences are the same things that will complete us for each other? Kenapa pada pendapat aku perbezaan tu yang buat kita sesuai untuk satu sama lain? Jawapan dia mudah je =) 

Kita ambik kes membeli durian lagi sebagai contoh. Cuma kali ni kita tukar pelaku dia dengan satu pasangan yang lelakinya simple tapi perempuan dia complicated. Eceh, siap guna perkataan "pelaku" tuh. Dah macam research betul lak kan -.-" Kita tembak je nama pasangan ni Kamariah dengan Kassim yer :3

Gambar hiasan, korang guna je la imaginasi korang bayang ni Kassim dengan Kamariah yer.

Kes membeli durian 2

Kassim: Awak, ada orang jual durian lah kat depan tu, kita beli nak?

Kamariah: Nak beli tu boleh tapi kita nak makan kat mana?

Kassim: Alah.. Kita jangan la beli yang belum bukak. Beli je yang dah bukak dan pack dalam bekas plastik semua.. Sambil minum kat mana-mana pun kita boleh makan.

Kamariah: Hmm.. tapi awak jangan beli banyak sangat tau, saya risau tak habis, membazir je nanti. Beli skit tak per, kalau rasa nak lagi kita boleh je beli lagi.

Kasim: Haha.. pandai lak calon bini saya fikir pasal saving eh? Haha.. ni sayang kak awak nih! 

Kamariah: Ala abang nih.. dah mula la tu~

Ok... tiba-tiba aku menyampah dengan diri aku sendiri atas kemampuan aku menulis dialog gedik macam nih -.-" Ehem! Ok! Walaubagaimanapun korang dah nampakkan macam mana fikiran Kassim yang simple di balance kan dengan fikirang Kamariah yang complicated. In a much more simpler word they complete each other! Korang faham tak nih?? Aku dah guna contoh yang habis mudah ni tau!

Cuba korang bayangkan kalau dua-dua tu fikiran complicated... agak-agak bila korang rasa baru dia orang beli durian tu yer? Agaknya sampai ke malam pun dia orang dok fikir lagi baik buruk beli durian tuh -.-" Samalah kalau dua-dua fikiran simple, agak-agak sampai sebakul besar kot dia orang angkut bawak balik nanti! Kalau kes macam tu jadi apa korang rasa akan jadi? Kalau korang nak tau baca contoh kat bawah nih =)

Kalau kes tu jadi (Fikiran simple)

Kassim: Ni semua salah awak! Kenapa tak warning awal-awal kita terlebih beli?! Awak makan la durian ni satu bakul sampai habis!

Kamariah: EH! Apa pasal pulak! Bukan awak ke yang mengada-ngada nak beli durian tadi??! Awak ni memang tau bla bla bla..

Kalau kes tu jadi (Fikiran complicated)

Kassim: Banyak songeh la awak nih! Kita nak beli durian je awak bukan nak beli kereta! Jangan-jangan bila nak pilih pelamin kaler apa nanti awak mengada-ngada macam ni gak ke???!

Kamariah: Eh, Hello! Sapa mengada-ngada sekarang?? Awak ke saya??? Saya cuma nak jimat duit! Awak tu yang ngada-ngada pilih durian sampai dua tiga jam! bla bla bla..

Kedua-dua kes pergaduhan ini berterusan sehinggalah apek yang jual durian tu blah sebab dah fed up nak melayan kerenah manusia serupa beruk dua ekor tersebut.

Tak semestinya bila kita serupa kita akan secocok... kadang-kadang perbezaan itu yang akan menyatukan kita.. Dah macam ahli falsafah kan aku nih haha.. -.-" Ok berbalik kepada teori blogger perlu cari pasangan bukan blogger tadi aku rasa korang patut dah faham hujah-hujah aku yer. Ini cuma sekadar pendapat =) Tak semesti perlu terasa atau terfikir sama ada korang dah salah cari pasangan dalam relationship korang nih. Kalau korang suka kat dia teruskan je la, kenapa nak ada second doubt kan? Asalkan dia tak memudaratkan dia orang dari sisi agama dan sosial itu sudah cukup baik alhamdulilah.. That conclude today post! Waktu aku habis tulis post subuh baru je masuk. So aku nak pergi melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim jap. Till next time then :)

7 people got something to say:

Sara Shaari said...

hahhahaha well, we have to admit that DIFFERENCES COMPLETE EACH OTHER. :]

nana said...

huh?! tak makan durian :O sedap wooo! heh heh. Anyw, good theory and as you said tak semua blogger tu complicated. Well, I don't think I'm THAT complicated. Or maybe I am ...? hmmmmmm

Ben Frankenstein said...

@Sara Shafiqa We are created different for a reason rite ;) bosan la kalau semua sama je

Ben Frankenstein said...

@nana kamarul Haha.. tak tau la kenapa, tapi memang tak boleh telan durian tu :P Hmm.. u just give me an idea, maybe i can create a test to determine whether we are complicated or simple minded :)

ijam ismail said...

owh blogger rupenye..
bw here..

Ben Frankenstein said...

@ijam ismail Haha.. yer.. saya pun blogger mcm awk gak :) terima kasih sebab sudi singgah

Amy Yie said...

done follow...=)
http://ajegilelah.blogspot.com/

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...