Tuesday, January 15, 2013

Forum Suara Mahasiswa: Antara Kelemahan Protokol dan Pendirian Parti Politik

WHAT YOU READ HERE IS OF MY OWN OPINION AND DOES NOT REPRESENT ANY SIDES OF THE ARGUMENT. I AM NOT A POLITICIAN OR SOMEONE THAT IS ABLE TO GIVE A POLITICAL BASED ANALYSIS. WHAT YOU READ HERE IS MERELY MY TWO CENT ON THE ISSUE. DO NOTE THAT THIS IS NOT A POLITICAL BLOG.

Dalam jangka masa tak sampai berapa hari video Forum Suara Mahasiswa Part 4 telah menjadi viral dan tersebar secara meluas di internet. Malah video tersebut telah ditonton hampir 65,650 pada waktu saya menonton video tersebut. Ada pelbagai reaksi yang saya lihat lebih-lebih lagi dari komuniti internet. Banyak pihak tidak kira dari penyokong kerajaan, pembangkang mahupun pihak atas pagar mengutuk keras tindakan speaker di dalam video tersebut kerana di anggap kurang ajar. Saya sendiri bersetuju bahawa tindakan speaker tersebut agak melampau namun akan tetapi saya percaya masih ada gambaran yang lebih besar yang perlu kita lihat. Sedikit pemikiran rasional tanpa sebarang sentimen politik diperlukan untuk untuk melihat gambaran tersebut.

Untuk memudahkan penjelasan saya bahagikan analisis pemikiran saya kepada 2 bahagian iaitu kelemahan protokol dan pendirian parti politik. 

KELEMAHAN PROTOKOL
Ini merupakan kelemahan paling serius dalam forum ini pada pemerhatian saya. Saya berpendapat ia punca utama kepada bagaimana boleh tercetus isu ini. Protokol merupakan satu garis panduan bagaimana sesuatu majis dan program ini boleh berjalan. Tanpa mengikut protokol sesuatu majlis atau program tersebut boleh menjadi kacau bilau seperti mana yang berlaku pada Forum Suara Mahasiswa.

Kesalahan-kesalahan protokol pada pemerhatian saya.

Sewaktu sesi pertanyaan soalan dalam sesuatu forum, seseorang penonton sepatutnya hanya bertanyakan soalan yang ringkas dan padat untuk memastikan kelancaran majlis.

Seseorang penonton itu tidak boleh mengutarakan pendapat ataupun cuba untuk berdebat dengan speaker forum walaupun mereka tidak bersetuju dengan pendapat speaker tersebut.  Antara contoh yang boleh saya beri ialah mana-mana forum anjuran Sinar Harian dan Bicara Siswa.
Pihak pengajur forum-forum berkenaan kebiasaannya telah menerangkan kepada penonton-penonton terlebih dahulu tentang bagaimana sesi pertanyaan soalan akan berlangsung. Saya tidak pasti sama ada pihak penganjur Forum Suara Mahasiswa ada melakukan hal ini. Namun apa yang pasti mereka gagal melaksanakan protokol ini. Apabila saudari Bawani tidak hanya bertanyakan soalan, mula mencampur adukan pendapat peribadi beliau, perasaan beliau malah cuba berdebat dengan speaker protokol tersebut telah dilanggar. Pihak penganjur sepatutnya peka akan hal ini dan cuba mengawal situasi tersebut. Sesetengah pihak ada mengatakan bahawa "Freedom of speech" tidak diberi kepada penonton tersebut. Pada pendapat saya penonton tersebut telah mendapat hak kebebasan bersuara apabila beliau dibenarkan bertanyakan soalah. Jika beliau tidak mendapat kebebasan bersuara beliau tidak akan dibenarkan bertanyakan soalan. Malangnya beliau telah melanggar protokol forum apabila turut sama menyatakan pendapat beliau dan berdebat dengan speaker.

Seorang speaker sesuatu forum tidak seharusnya mencampur adukkan perasaan beliau sewaktu sesuatu forum dan mempunyai hak untuk menolak sesuatu soalan jika soalan itu lebih kepada pendapat dan bukannya soalan sebenar.

Ini pernah berlaku kepada saya sendiri apabila saya membuat kesilapan menyatakan pendapat sewaktu menonton sesuatu forum dan bukannya bertanyakan soalan pada sesi pertanyaan soalan. Moderator forum tersebut dengan secara professional mempersilakan saya duduk semula dan menerangkan kepada saya bahawa apa yang telah saya nyatakan tadi ialah satu pendapat dan bukan satu soalan dan tidak perlu dijawab oleh speaker. Ini sepatutnya apa yang pihak pengajur Forum Suara Mahasiswa dan khususnya moderator forum tersebut lakukan dan bukannya membiarkan situasi tersebut menjadi kronik sehingga penonton dan speaker berdebat sesama sendiri. Moderator harus mampu mengawal kedua-dua penonton dan speaker jika ada antara mereka yang melampaui batas protokol. Speaker forum tersebut pula seharusnya matang dan peka pada protokol dan tidak mengikut perasaan.


Konklusi
Dari segi protokol banyak kelemahan yang boleh diulas. Penonton, Penganjur dan Speaker masing-masing ada salah tersendiri dalam hal ini. Maka tidak wajar menyalahkan satu pihak sahaja dalam hal ini.

PENDIRIAN PARTI POLITIK

Secara jujurnya saya cuba untuk tidak berat sebelah dalam hal ini. Ini apa yang telah saya perhatikan dari segelintir komuniti internet yang cuba mengait pendirian peribadi speaker Forum Suara Mahasiswa tersebut sebagai pendirian sebenar kerajaan hanya kerana beliau mewakili sesuatu badan kerajaan. Saya amat tidak bersetuju dalam hal ini kerana pendirian peribadi seseorang itu tidak boleh dianggap sebagai pendiri sebenar sesuatu organisasi. Pendirian organisasi hanya boleh dicapai menerusi mesyuarat dan persetujuan bersama ahli-ahli organisasi tersebut. Ianya tidak boleh diambil dari pendapat peribadi sesuatu ahli sahaja. Saya bersetuju dengan pendapat Khairy Jamaludin akan hal ini.



Saya ambil pendirian parti-parti lain selain Barisan Nasional sebagai contoh.

Pakatan Rakyat (PR): Isu Tukar Bendera Malaysia - Apabila seorang ahli politik PR telah menyatakan bendera Malaysia harus ditukar adakah ia merupakan pendirian Pakatan Rakyat? Sudah tentu tidak kerana ia merupakan pendapat peribadi ahli politik tersebut dan bukanya pendirian PR.


Parti Islam Semalaysia (PAS) : Isu penggunaan khalimah allah oleh bukan Islam
- Apabila ada segelintir ahli PAS hakta Presiden PAS sekali pun menyokong pendapat bahawa mereka yang bukan Islam dibenarkan menggunakan khalimah Allah adakah ia bermakna itu pendirian PAS? Sudah tentu tidak. Biarpun setinggi mana pun sesorang dalam sesuatu organisasi ia tidak melambangkan pendirian organisasi sehingga dipersetujui oleh ahli-ahli organisasi tersebut. Hanya selepas Majlis Syura PAS bersidang baru pendirian PAS diketahui iaitu menolak dan tidak membenarkan penggunaan khalimah Allah untuk bukan Islam.

Konklusinya.

Saya akui bahawa tindakan speaker dan penonton tersebut agak melampau. Namun tidak wajar mengaitkan parti politik untuk pendirian peribadi seperti ini menjadi pendirian organisasi hakta mengaitkan speaker dengan BN dan mengaitkan penonton tersebut dengan PR. Saya tertarik dengan sebuah tweet balas kepada Khairy Jamaludin yang menyatakan pendirian speaker tersebut merupakan pendirian BN kerana beliau adalah hasil didikkan BN. Kalau begitu adakah pendirian segelintir ahli PR berkenaan bendera Malaysia merupakan hasil didikan PR? Adakah pendirian segelintir ahli PAS mengenai khalimah Allah merupakan hasil didikkan PAS? Sudah tentu tidak bukan?

Konklusi Keseluruhan
Secara jujurnya langkah yang paling efektif untuk menyelesaikan isu ini ialah maaf terbuka antara semua pihak. Pihak penganjur harus bertanggungjawab dan meminta maaf akan kekhilafan mereka. Penonton dan speaker tersebut juga tidak terkecuali kerana mereka turut sama bersalah dalam hal ini.


AKHIR SEKALI SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI BAHAWA INI MERUPAKAN PENDAPAT PERIBADI SAYA TANPA MEWAKILI MANA-MANA PIHAK.
INI BERDASAR PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PENONTON DAN PESERTA FORUM.

Update.
Menurut Khairy Jamaludin, Sharifah Jabeen bukan sebahagian dari BN. Malah Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) tidak wujud dan bukan mana-mana badan yang berdaftar dalam BN. Sharifah Jabeen didapati telah menyalahgunakan nama 1 Malaysia untuk badan tersebut. Berikut merupakan keterangan Khairy Jamaludin.


Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...