Sunday, November 14, 2010

I'm Not A Naked Chef! Aku pakai baju ok! : Cite Puding Keramel

Alkisahnya bermula dengan tamatnya paper MUET aku, akhir aku merdeka jugak selepas berberapa minggu sengsara dengan MUET ni :P. Tapi post aku kali ni bukan la aku nak cite pasal MUET, dan kalau blh aku nak lupa kan je terus semua benda pasal MUET ni haha.. tapi jangan, mana la tau ilmu ni berguna lagi satu hari nanti.

Tujuan aku buat post kali ini ialah aku nak cite pasal pengalaman pertama buat kuih gula hangus atau nama glamour skit Puding Karamel hah3 Kiranya aku jadi mcm naked chef la jap, cuma bezanya aku still pakai baju hehe..

Okey... selepas aku puas bertanya ke entah berapa orang aku dapat la jugak recipe dan senarai ingredient yang diperlukan

Bahan2 yang diperlukan untuk membuat  Puding Karamel

5 Biji telur gred A ( Jika anda guna telur yang kecik skit gred dia mungkin kena guna 8 atau 10 biji)
5 Sudu Besar Gula pasir (Untuk Karamel)
1 Sudu kecil Vanilla essence
1 tin susu cair

haha.. tu je bahan yang diperlukan, adik aku yang kat sekolah rendah pun boleh buat kot

Sekarang aku akan ajar lak step by step macam maner nak buat Puding Karamel ni

Mula2 letakan 5 sudu gula pasir dalam bekas baking cake seperti di bawah


Pastu letak bekas berisi gula diatas dapur dengan api yang paling kecik dan kacau dengan perlahan


 Tutup api dapur bila gula tu dah jadi karamel seperti di bawah, lepas tu biarkan karamel tu jd sejuk dan keras dalam bekas tu



Memandangkan karamel kita dah siap kita akan prepare puding dia pulak, sediakan 5 biji telur gred A



Pecahkan telur2 tu dan pukul sekuat rasa (Ini juga effective untuk melepaskan geram haha..)




Next,  bukak satu tin susu cair dan tuang semuanya ke dalam telur tadi...




Sekarang masukkan satu sudu kecil vanilla essence ke dalam adunan tadi dan teruskan usaha memukul anda haha..




Tuangkan adunan ke dalam bekas yang ader karamel yang telah mengeras tadi

Sediakan pengukus dan letak bekas yang mengandungi adunan dan karamel ke dalam pengukus. Pastikan pengukus ditutup rapat dan jika perlu letakan pemberat diatasnya. Kukus dengan api dapur yang paling besar selama 30-45 minit.



Puding Karamel tu akan kelihatan lebih kurang macam ni apabila telah masak. Sejukan dahulu puding ni di dalam peti sejuk selama satu jam.




My baby sister dalam proses menunggu puding dihidang huhu..




Ambik pisau dan potong sekeliling puding untuk mengelakkan puding melekat pada bekas. Selepas itu, terbalikan puding tersebut diatas pinggan (letakan pinggan diatas bekas terlebih dahulu dan kemudian terbalikannya), dan Puding Karamel kita pun siap! haha.. nasib baik aku buat first time terus jadi!




Siap untuk dihidang!




Tujuan aku post recipe Puding Karamel ialah sebab aku tau ramai budak laki yang suka puding ni kat luar sana. Tapi dia orang tak tau cara nak buat sendiri puding ni so dia orang terpaksa tunggu mak atau adik beradik dia orang masak baru ada peluang nak makan. Sebenarnya puding ni mudah je nak buat even to a man! Lepas ni tak payah merayu2 kat mak2 korang suruh buat puding ni, buat je sendiri!


For next project aku plan nak buat kek coklat basah lak haha..!
Till then guys...








2 people got something to say:

aainaa aqila kth said...

oh my god you just put all girls to shaaaame!

Ben Frankenstein said...

Haha.. this actually a pretty easy recipe, u can do it too

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...