Wednesday, December 29, 2010

New Haircut! and some random stuff..

My beloved grandmother said that my previous hair look like John Lennon =_=" Jadi aku telah dipaksa potong rambut oleh ayah aku.. I promise someone that is truly dear to my heart before that I will blog the pics. Sorry for the delay! I can't seem to find that darn camera before ^^"

This one is my favorite ^^











Alang2 dah Upload gambar ni I might as well upload some pics of my baby sister Shahin as well ^^






Er.. this is actually my family latest pet, Mia Zarra the cat! Aku rasa ni lah kucing paling membosankan yang pernah aku jumpa! Kalau ader orang sentuh atau main2 ngan dia apa yg dia buat cuma duduk keras macam tu jer! Selain tu dia gak ader hobi bagi tenungan membunuh macam dalam gambar ni kat semua orang yang dia jumpa!












Thursday, December 23, 2010

For the true beauty that you are...

And I can't make it on my own..
Because my own heart isn't mine to own anymore..
Since you are here in my life..
I give my heart to you..
do what ever you want with it..
To crush it into a thousand pieces..
Nor to cherish it like it was your own..
Cause you to me..
Are no longer an imaginary dream...
The same dream I dream for hundreds of days before..

Spare me just three last words..
"I love you" is all I want hear...
I'll wait for you..
Till my final breath is gone..

I know it's hard to fall in love..
For all the torture you heart gone through before..

All I can say is
I'll be there..
To save you when you're about to fall..
To save you when you're at the edge of breaking down..
To save you when you're losing control your own self..

So I can finally see..
The mesmerizing smile being etch upon your face..
You cutest rosy cheeks is red once more..
The bright shine in your eyes..
The laugh of yours that make my heart skip a beat..

For the true beauty that you are...

Monday, December 20, 2010

It is one heck of Instant Noodle week!

(Selasa) Breakfast - Mee Sedap
              Lunch      - Tak makan langsung
              Dinner      - Megi kari

(Rabu) Breakfast - Megi Tom Yam
            Lunch     - Tak makan langsung
            Dinner    - Mee Sedap

(Khamis) Breakfast - Mee Sedap
               Lunch      - Tak makan langsung
               Dinner     - Megi Ayam

(Jumaat) Breakfast - Mee Sedap
              Lunch      - Mee Sedap
              Dinner     - Depends where the bus stop

As the conclusion....
Jaga lah perbelanjaan anda, kalau tak ni lah jadi, waa... cepat la cuti T_T         

Saturday, December 18, 2010

Me and Malaysian Buses

Krismas dah nak dekat dah ni, maknanya tak lama lagi aku akan balik cuti! yay ~ nasib baik tiket bas semua dah beli. Bila sebut pasal tiket bas ni kan aku teringat balik adventure2 aku naik bas sebelum ni. Boleh tahan banyak la jugak pengalaman yang boleh dianggap menarik sewaktu aku naik bas nih haha...

Jom kita down memory lane aku pasal bas ni jap!

Adventure No. 1

Bas yang dinaiki: Blue Omnibus Express

Dari mana ke mana : Taiping, Perak ke Jeli, Kelantan


Buruk kan bas dia? Peristiwa ni berlaku waktu form 4 kalau tak silap aku, tu lah kali pertama aku naik bas express sorang2. Aku tau mesti ader orang kutuk dah tua bangka macam tu baru nak belajar naik bas sorang haha.. well there is a first time for every thing isn't it. Lagi pun sekolah aku time tu iaitu MRSM Taiping, Perak offer balik kampung free jadi aku bagi jela nama aku kat biro kebajikan sekolah. Bas buruk ke tak belakang cite janji free haha.. Aku memang tangkai jering skit waktu sekolah dulu. Alhamdulillah skrang ni aku dah tak der maner dah perangai kedekut taik idung masin macam tu, sebaliknya dah diganti dengan perangai boros nak mampus  hehe.. =_=" Ok lah, back to the topic aku naik bas tu dalam pukul 6.30 petang kalau tak silap aku. Aku anggar time tu dalam pukul 11 malam sampai la kat rumah aku. Rumah aku kat Jeli, Kelantan so tempoh perjalanan dia ngan Taiping, Perak dalam empat jam je. Nak di jadi kan cite aku tertido kat atas bas time tu, sebab tu first time aku naik bas express sorang2 aku tak tau yang kita kena cakap kat driver bas tu kita nak berhenti kat mana. So aku terlanjak satu daerah dan berhenti kat Tanah Merah, Kelatan. Tanah Merah ni jarak dia setengah jam je dari Jeli tapi waktu tu dah tengah malam kot. Dah la dalam poket aku cuma ader Rm 5 je time tu. Nak menambah buruk kan keadaan Abah aku tak ader kat rumah time tu sebab dia tengah berkursus T_T ... Nasib baik phone aku ader, waktu tu aku bersyukur sangat2 yang MRSM Taiping benarkan pelajar dia bawak phone. So aku call sorang member aku mintak tolong gi ambik aku ni. Bila aku sampai rumah teruk aku kena leter ngan mama aku =_=" ...

 Adventure No.2

 Bas yang dinaiki : Bas sekolah rembat dari mana tah

Dari Mana ke mana: Melaka Central, Melaka ke Kota Bharu, Kelatan


Mesti korang rasa pelik kan pehal Melaka dan Kelantan yang begitu punya jauh (10 jam tempoh perjalanan) aku naik bas sekolah je kan. Itu lah padahnya kalau beli tiket lambat. Time ni aku balik untuk cuti raya kalau tak silap aku. Sekarang aku dah study kat UiTM Alor Gajah, Melaka dalam program Foundation in TESL ( Teaching English As Second Language). Aku ngan member2 aku yang asal dari Kelantan pakat ramai2 nak sewa bas balik kampung time tu. Tapi kita orang dapat bas tambahan je tu yang dapat bas sekolah tu. Kita orang naik bas tu dalam pukul 8 malam. Apa yang menyebabkan balik kampung kita orang menjadi begitu EPIC ialah bas tu rosak kat tengah jalan! Habis kita orang semua stranded in the middle of nowhere! Pak cik bas mintak maaf banyak2 kat kita orang dan mintak kita orang semua sabar tunggu bas bantuan. Aku macam nak hantuk kepala kat dinding bas time tu! Dah la semua ngah puasa time tu. Habis satu bas tak boleh sembahyang subuh time tu. Aper nak buat dah nama pun daruratkan. Nasib baik ader seorang member aku mintak tolong ngan mak dia supaya tolong panggil bas lain ambik kita orang kat situ.Tapi aku balik ngan abah aku sebab tempat tu dah tak jauh sangat ngan Kota Bharu sebenarnya. Abah aku dah memang tengah tunggu aku kat Kota Bharu waktu tu. Bila aku sampai kat rumah dalam pukul 11 pagi perkara pertama yang aku buat ialah sembahyang subuh. Lantak la subuh gajah ke, dinasour ke, Ikan paus ke janji sembahyang tak tinggal :P

Adventure No.3

Bas yang dinaiki: Bas PLKN dan Bas Persiaran (Dua entah rembat dari maner...)

Dari mana ke mana: Tanah Merah, Kelantan

Bas Persiaran
Bas PLKN
 Mesti korang pelikkan kenapa aku naik sampai dua jenis bas. Sebenarnya dua2 bas ni bas tambahan jugak. Waktu tu aku nak balik UiTM sebab cuti raya dah nak habis. Sebenarnya ni still cuti raya yang sama ngan cuti raya diatas (cuti tahun 2010). Cuma ni cite pasal aku nak balik UiTM balik, yang kat atas cite pasal aku nak balik kampung. Member se-Kelantan still plan nak balik ramai2 time tu (Kita orang masih tak patah semangat biarpun dah pernah kena stranded waktu balik hari tu huhu..). Kita orang setuju nak kumpul ramai2 kat Kota Bharu kat untuk naik bas yang kita orang sewa tu. Kita orang dah plan elok dah semua benda. Pada hari yang telah dipersetujui ramai untuk kita orang bergerak balik aku pun naik la kereta ngan Abah bertolak ke Kota Bharu. Tapi bila aku baru je sampai kat Tanah Merah (still tak sampai Kota Bharu lagi) aku dapat phone call dari seorang member aku yang driver bas yang kita orang sewa tu buat hal. Dia kata driver bas tu tak nak gerak pada hari ni meskipun dah janji ngan kita orang sebab dia letih (Driver tu baru datang dari Melaka). Abah aku naik angin giler time tu, dia mintak no phone driver tu ngan aku dan lepas tu dia cuba cakap ngan driver tu. Tapi keputusan driver tu still tak berubah. Abah aku bertambah naik angin dan terus bergaduh ngan driver tu kat phone. Mana la orang tak marah sebab habis susah budak2 disebabkan driver tu. Last2 abah belikan aku tiket bas lain sebab dia kata walau macam maner pun aku kena naik bas hari tu jugak, tak boleh naik esok (Sebab lusa nanti aku ader final exam so dia risau aku tak sempat review studies aku kalau balik lambat sangat) Bila aku sampai kat stesen bas Tanah Marah ramai giler orang kat situ. Sampai kakak yang buat pengumuman bas mana kena naik tu pun jadi pening. Dia kata saper nak pergi Melaka sila naik bas tambahan PLKN. So aku ngan berapa belas orang lagi naik la bas tu. Bila bas tu dah gerak lebih setengah jam tiba ader sebuah bas persiaran lalu sebelah bas PLKN tu. Driver bas persiaran tu menjerit kat driver bas PLKN tu suruh dia berhenti, agak lama jugak la baru driver PLKN tu notice. Aku ras tu la kali pertama dalam seumur hidup aku tengok dan terlibat adengan racing antara dua bas =_=' . Rupanya akak tadi dah salah bagi arahan kat penumpang yang nak gi melaka. Sebenarnya bas persiaran tu la bas yang nak gi melaka. Hodayai.. tu la jadinya kalau buat kerja tu kalut sangat (Sedap je aku cakap orang lain kalut padahal aku pun kadang2 kalut gak :P) So aku pun tukar lah bas tu dan turun dengan selamat nye kat Melaka...

Itu lah tiga adventures aku ngan bas2 kat Malaysia Tanah Air ku ini haha.. (Jadi patriotik jap :P) Untuk pengetahuan korang untuk cuti Krismas ni situasi nya lebih kurang seperti dibawah.

Kalau boleh aku tak nak ader adventure dah kali ni, kalau tak jadilah Adventure No.4 :P

Bas yang dinaiki : Bas Transnasional (Double Decker)

 Dari mana ke mana: Alor Gajah, Melaka ke Kota bharu, Kelantan
 

Aku akan naik bas dengan seseorang yang amat bermakna bagi aku kali ni... Aku doa mintak2 tak ada apa halangan kali ini, moga2nya musafir kali ni akan berjalan lancar dan bermakna bagi kami. Moga2 kami berdua selamat sampai ke destinasi masing2 untuk berjumpa dengan ahli keluarga yang tersayang... Moga2 musafir kali ini menguatkan lagi hubungan kami berdua..
Amin...

Tuesday, December 14, 2010

Gorgeous Nightmare 2.0

Well it had been quite a long since since my last post, well what ever, kalau selalu post nanti bosan lak jd nya :p hmm.. banyak benda gak nak ditulis sebenarnya, cuma x der masa ngan assignments yang berlambak2 skit skrang nih, nak dipendekkan cite blog aku ni akan mengalami perubahan skit buat masa ni, aku try buang segala2 benda yang menyebabkan blog aku ni lambat nak load. I try to keep it just clean and simple this time around. Aku gak try untuk tukar mood blog aku ni jadi ceria skit tanpa menghilangkan coolness dia :p ye la kalau dok hari2 asyik memanjang je pakai alik2 colour gelap je bosan gak kadang2.. hmm.. tu je kot buat sementara nih, ape2 hal stay in tune k :)

Tuesday, December 7, 2010

The Pleasure In Being Romantic

Romantic? Why should I care about it, sure my partner will be happy about it but for all I know I gain nothing from this..

Ayat bangang Standard dari mulut seorang lelaki yang tak pernah cuba pun bersikap romantic dengan GF dia. Lelaki macam ni kalau ikut hati aku nak je aku bagi flying kick sebajik sampai dia masuk longkang [Biarpun aku pun pada dasarnya berjantina lelaki  (=_=)" ] haha.. lantak lah. Ok rakan2 seperjuangan jejaka kononnya jiwang semalaysia sekalian, ni ader sesuatu yang perlu korang check sebelum ayat seperti diatas terkeluar dari mulut korang (dan sebelum kaki aku melekat dalam mulut korang jika ayat tu dah pun terkeluar :p)

1. Relationship work in two ways
- Dulu hang yang keluar ayat punya gampang semata-mata nak tackle GF korang ni kan, at least you appreciate her feeling towards you by trying to nature your feeling toward each other by being a little bit romantic. A simple text message saying how much you love her is more than enough (But I do recommend you actually do more than this)

2. There is nothing to gain by being romantic
- Rasanya ayat diatas tu dah crystal clear dah. There is nothing to gain by being romantic EXCEPT a smile on her face and a good feeling inside knowing that you have make her happy. That is already a very rewarding reward itself. Being romantic is actually a prove of how much you love your partner. Lantak la kalau member-member korang panggil korang mat jiwang pun. Proving your love to your love one is nothing to be ashamed of.

3.She never even try to be romantic with me so why should I?
- Antara contoh ayat yang paling bangang boleh keluar dari mulut seorang lelaki ( Us guys can be so dumb sometimes so just be patient with us ok :p) dah ko tu namanya lelaki apasal ko tak start dulu??? Just try to do it even for a little bit because this could get you guys going for a loooooooooooooong time...

4. I don't know how to be romantic, I think it's ok, she know how much I love her..
- Dude! You are dead wrong! It's not ok, first of all, love can die if you neglect it for far to long, being romantic actually help to nature her love toward you. It's actually pretty easy to learn how to be romantic. You need to learn one word in order to do that. That word is being HONEST. Yup, being honest. Tell her how much she really meant to you. If you feel like your love for her is a big as a mountain tell her exactly that! Plus this also help you guys to develop trust for each other...

 That is it! All the thing that you need to know about the pleasure of being romantic. Do note if you are a player SILA BLAH DARI BLOG AKU SEKARANG JUGA! Aku cukup menyampah dengan golongan manusia seperti korang. Begitu juga dengan BUDAK KECIK DI BAWAH UMUR. Umur baru setahun jagung tak payah ngade-ngade nak bercinta.

 Till then..
Love your love with all your heart ok..

Wednesday, December 1, 2010

Ber-Amazing Race dalam hujan demi sesuap nasi...

Emo semacamkan tajuk post aku kali ni haha..
Mesti korang tertanya2 kan apa kaitan amazing race, hujan lebat dan jugak sesuap nasi ngan aku kan?

So alkisahnya bermula lebih kurang cam gini
Beberapa hari yang lepas aku telah kena attack dengan selsema yang agak teruk la gak. Nak keluar makan pun x larat jadi aku pun pesan la kat seorang member aku ni tolong belikan nasi goreng USA kat restoran D-men (untuk pengetahuan korang restoran merupakan restoran yang agak famous gak di kalangan student TESL sebab kualiti dan harga makanan dia). So sementara menunggu member aku ni balik aku sempat la online internet jap. Pastu tiba2 handset aku meraung2 lagu  Fear and loathing in Las Vegas - Burn the disco floor with your two step (Saper yang kenal aku mesti dapat guess ni band genre aper hehe..) menandakan masuk waktu isyak bagi wilayah persekutuan KL dan kawasan yg... EH! Aper aku merepek nih! yang sebetulnya menandakan masuknya mesej dalam phone aku haha.. =_="

Ok cukup2 la merepek tu, anyway Zaim hantar mesej kat aku yang seorang member aku juga, tapi perempuan, nickname dia Clow, telah tersalah ambik nasik yang dia pesan kat aku! Zaim kata Clow tu dah balik kolej dah pun, Adush... pulak dah, so nak tak nak terpaksa la aku pakai jeans, t-shirt dan sweater pastu gi kolej Tun Fatimah ( Tempat tinggal puteri2 TESL) untuk mengambil nasi aku tu, so aku melangkah lah dengan malasnya turun tangga kolej Jebat ni (pada hal bilik aku tingkat dua je pun haha..). Nak menambah burukkan keadaan on the way aku ke T.Fatimah hujan la pulak! Haish! Pas satu2 bad luck malam tu. Sampai je kat T.Fatimah Clow call aku. Rupanye dia tak balik pun lagi dari restoran D-men tuh! Zaim dah salah bagi info!(Clow offer nak hantar nasi aku kat kolej aku, tp dah lebih separuh jalan pun aku jalan baik aku gi terus je) So aku gi D-men pulak! Alahai.. On the way ke D-men tu aku terserempak ngan Clow, dia kata dia dah tinggal nasik aku tu kat restoran tu, aku kata ok je lah dan teruskan perjalan gi D-men.

Sampai kat D-men, aku ambik nasik aku dan terus balik ( Malas aku nak tunggu lama2 lagi! Dah la selsema time tu!), Tapi alang2 dah keluar tu aku pergi kedai runcit jap beli Top-Up ngan megi. Kat sana aku terserempak ngan seorang member aku, hamba allah yang famous ngan gelaran orang tua sebelum usia iaitu Khai hak3 (BTW Khai ni ketua level aku) Dia mintak aku tolong hantar cool fever kat member aku Amin yang ngah demam time tu. Bagus! Ni aku salute nih, contoh ketua yang boleh diharap. So lepas tu aku balik kolej bagi cool fever tu kat Amin dan terus masuk bilik aku. Tuhan je tahu betapa bersyukur nye aku dapat ngap nasik tu! Nak boleh masuk nasi dalam perut pun banyak bebenor cabaran dia. Tapi tak per la, at least ader hikmahnya aku kena keluar tu. Kalau aku tak gi keluar lambat la si amin tu dapat cool fever tu. Kepada Zaim aku ucap terima kasih sebab sanggup tolong aku beli nasi dan kepada Clow aku tak der hard feeling pun kat ko, thanks sebab offer nak hantar nasik kat aku yer!

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...