Friday, November 26, 2010

Konklusi : Aku Sayang Dia...

2nd post in a day, my head must be so mess up for me to do this

Basically a battle is raging on my mind right now..

So how should I put this, LET THE FIGHT BEGIN!

Round 1

Devil Syafiq : She break her promise to you, there is no telling if she will do it again

Angel Syafiq : You know deep inside she never meant it...

Round 2

Devil Syafiq : You deserve someone better, just leave her and find someone else!

Angel Syafiq : Hey! You freaking devil, why do you always get to deliver the first blow! huh.. never mind, hmm.. you know even if there is someone better you will realize that she is the only one that you would ever love, she is the only one that you want to give your love to..

Round 3

Devil Syafiq : God! Why do you always answer in a long sentences! Hey! You are the one that start the fight in the first place, you know deep inside you are getting tired of having empty promise!

Angel Syafiq : Owh look! A devil saying the word god! haha.. That is cute : p (Devil reaction : erk...) Well you also know that she never had the intention to break the promises, she love you way too much to do that, you had been to harsh on her, you know you are feeling guilty, you know that you are sorry...

Round 4

Devil Syafiq : er.. (losing his confidence) just look at her, how can you fall in love with an imperfect woman like that..

Angel Syafiq : Hehehe.. Losing your confidence already my dear friend? (Devil Reaction =_=") you also know that the imperfection also what make her what she is, what make her the woman that you love.. the woman you dream about.. the woman that you are crazy about.. the woman that you want to spend the rest of your life.. the face that you want to see lying beside you when you wake up every morning in the future.. (Devil reaction : Wekkk! I want to puke hearing this!)

Round 5

Devil Syafiq : Look how do you know that she even love you anyway?!

Angel Syafiq : If a woman is upset and shed tears when you scold her how can she not in love with you?


The Match verdict

Plain old me : (Looking at the angel and devil with a blank expression..) Er.. care to tell why the two of you being fighting in my mind again? My head is hurting from all the punches that you guys deliver at each other..

Angel Syafiq : (Looking at me with a caring smile) Because you my dear is very confuse right now..

Devil Syafiq : Yeah dude, we practically doesn't exist, well we exist, but you know we are not really an angel and a devil that posses the same look as you, this is just your imagination, well er... you get the picture hehe..

Plain old me : er.. haha.. I think I am starting to lose my mind to be imagining you guys

Angel Syafiq : ( Rolling his eyes) Listen dear.. I want you to look deep down inside your heart and tell me how do you really feel about this..

Devil Syafiq : Dude, by down I mean real downnnnnnnnnnnnnnn... ops.. sorry.. ( noticing the angel stern look)

Plain old me : Deep inside my heart...

Angel and devil syafiq : yes.. deep inside your heart (smile on their face..)

Plain old me : Aku sayang dia... aku rindu dia sangat2...

Angel and devil syafiq : er.. in English please? We are having a hard to understand that, well its your fault for imagining an English speaking devil and angel in the first place haha..

Plain old me : owh, sorry about that.. I love her.. I miss you so much dear.. there are practically no daylight in my day, no moon in my night since you had been gone.. I am so sorry for what I have done to hurt you.. I am only angry at you because I love you so much.. please.. I need you dear.. stop saying you are not the perfect girl to me cause in my eyes your are one of the most beautiful and perfect girl I ever seen, I love you so much.. I can't express how much I miss you, please forgive me...

                                                                  
Forgiveness..
All that I yearn for..
From the lips on an angel..
That is running tirelessly across my mind..
In day and in night, I chase her with all my might..
Never stopping for a breath, my lung is feel like it's about to burst..
Yet, my heart keep me going on, beating tirelessly for an angel of astound beauty..
The love inside me, now only belong to her, the daylight of my day and the moon of my night...

Thursday, November 25, 2010

Mati itu pasti, hidup itu insyaallah..

Mati.. aku amat gerun memikir pekara ni, tp terima sajalah hakikat kan, semua manusia akan mati, soalnya cuma cepat dan lambat je. Aku baru tau satu berita yg mengejut dari doktor di unit kesihatan... tp untuk mengelakkan kekeliruan elok lah aku start dari awal pasal peristiwa yang mungkin mengubah hidup aku ni...

Aku bangun pagi dengan kepala yang berat. Aku sebenar dah beberapa hari selsema, tp aku ni jenis yg biasanya akan tahan je sakit yg aku ader biar seseksa mana sekali pun, demam ke x aku tetap teruskan hidup aku mcm biasa je. Aku pun persiapkan diri untuk ke kelas dengan kepala yang berdenyut2 tu. Bila waktu writing miss Siti lecturer aku tegur aku yang aku sejuk ke ni, sebab dia notice yang kuku jari tangan aku biru giler time tu, waktu tu aku btl2 dok bawah aircond so aku mengigil skit. Tangan aku shaky skit time tu. Lepas habis je writing aku ngan member aku syafiq anuar pergi la makan kat haji nikmat (I stumble upon her there, as usual the sight of her make my heart beat real fast.. Especially when i see her smile) Aku pesan nasi ngan ikan cencaru bakar cicah air asam kat mak cik tu, bila aku try letak nasi aku kat atas meja tangan aku yg shaky dan kepala aku yang berdenyut buat aku lost coordination badan aku jap. Habis nasik tu tumpah! Time tu aku cuak dan malu sgt2! (lebih2 lg sebab aku tau dia tengok aku, adesh!) Nasib baik pak cik haji nikmat tu kesian tengok aku so dia suruh aku ambik nasik lain, kalau x terbang lima ringgit aku! So aku makan antara lalu x lalu. Syafiq tegur aku yang muka aku pucat sgt2 time tu. So dia cadangkan aku pergi unit kesihatan (shortform dia U.K)

Sampai kat u.k tu aku isi la segala borang yg patut diisi. Misi yg bertugas tu check suhu aku, ada la dlm 36.9 kot, slight fever je. Pastu aku pergi jumpa ngan doktor kat situ. Aku cite kat dia aper yg dah berlaku kat aku. Dia tanya aku beberapa soalan dan buat segala kerja doktor dia tu. Akhir dia beritahu result inspection dia. Aku telah menunjukkan symptom awal penyakit high blood pressure.. aku shock yg teramat bila dengar dia cakap macam tu. Aku kata kat dia mana mungkin aku ader HBP sebab badan aku kurus je. Dia kata org yg kurus blh kena darah tinggi gak kalau ada dlm keturunan dia yg menghidap HBP jugak. Dalam kes aku bapa dan datuk aku ada HBP. So maknanya HBP aku disebabkan genetic. Dia kata x perlu bimbang, dengan perubatan zaman sekarang usia aku blh mencecah 50 ke 60 lebih tahun. Ini betul membuatkan aku berfikir..


Kalau ditakdir kan aku pergi lebih awal...

Sediakah aku berjumpa dengan tuhanku..
Cukupkah ibadat ku ini..
Mampukah aku menjawab soal jawab dalam kubur nanti..
Apa akan terjadi dengan family ku..
Apa akan terjadi dengan rakan2 ku..
Apa akan terjadi dengan si dia..


Tuhan saja yang tahu sebab dia yang berkuasa dan maha merancang...
Aku akan terus melawan penyakit ini.. Aku akan terus cuba untuk hidup
Kita ditakdirkan aku perlu pergi biarlah aku pergi dlm berjuang!




Mati itu pasti, hidup itu insyaallah....

Sunday, November 14, 2010

I'm Not A Naked Chef! Aku pakai baju ok! : Cite Puding Keramel

Alkisahnya bermula dengan tamatnya paper MUET aku, akhir aku merdeka jugak selepas berberapa minggu sengsara dengan MUET ni :P. Tapi post aku kali ni bukan la aku nak cite pasal MUET, dan kalau blh aku nak lupa kan je terus semua benda pasal MUET ni haha.. tapi jangan, mana la tau ilmu ni berguna lagi satu hari nanti.

Tujuan aku buat post kali ini ialah aku nak cite pasal pengalaman pertama buat kuih gula hangus atau nama glamour skit Puding Karamel hah3 Kiranya aku jadi mcm naked chef la jap, cuma bezanya aku still pakai baju hehe..

Okey... selepas aku puas bertanya ke entah berapa orang aku dapat la jugak recipe dan senarai ingredient yang diperlukan

Bahan2 yang diperlukan untuk membuat  Puding Karamel

5 Biji telur gred A ( Jika anda guna telur yang kecik skit gred dia mungkin kena guna 8 atau 10 biji)
5 Sudu Besar Gula pasir (Untuk Karamel)
1 Sudu kecil Vanilla essence
1 tin susu cair

haha.. tu je bahan yang diperlukan, adik aku yang kat sekolah rendah pun boleh buat kot

Sekarang aku akan ajar lak step by step macam maner nak buat Puding Karamel ni

Mula2 letakan 5 sudu gula pasir dalam bekas baking cake seperti di bawah


Pastu letak bekas berisi gula diatas dapur dengan api yang paling kecik dan kacau dengan perlahan


 Tutup api dapur bila gula tu dah jadi karamel seperti di bawah, lepas tu biarkan karamel tu jd sejuk dan keras dalam bekas tu



Memandangkan karamel kita dah siap kita akan prepare puding dia pulak, sediakan 5 biji telur gred A



Pecahkan telur2 tu dan pukul sekuat rasa (Ini juga effective untuk melepaskan geram haha..)




Next,  bukak satu tin susu cair dan tuang semuanya ke dalam telur tadi...




Sekarang masukkan satu sudu kecil vanilla essence ke dalam adunan tadi dan teruskan usaha memukul anda haha..




Tuangkan adunan ke dalam bekas yang ader karamel yang telah mengeras tadi

Sediakan pengukus dan letak bekas yang mengandungi adunan dan karamel ke dalam pengukus. Pastikan pengukus ditutup rapat dan jika perlu letakan pemberat diatasnya. Kukus dengan api dapur yang paling besar selama 30-45 minit.



Puding Karamel tu akan kelihatan lebih kurang macam ni apabila telah masak. Sejukan dahulu puding ni di dalam peti sejuk selama satu jam.




My baby sister dalam proses menunggu puding dihidang huhu..




Ambik pisau dan potong sekeliling puding untuk mengelakkan puding melekat pada bekas. Selepas itu, terbalikan puding tersebut diatas pinggan (letakan pinggan diatas bekas terlebih dahulu dan kemudian terbalikannya), dan Puding Karamel kita pun siap! haha.. nasib baik aku buat first time terus jadi!




Siap untuk dihidang!




Tujuan aku post recipe Puding Karamel ialah sebab aku tau ramai budak laki yang suka puding ni kat luar sana. Tapi dia orang tak tau cara nak buat sendiri puding ni so dia orang terpaksa tunggu mak atau adik beradik dia orang masak baru ada peluang nak makan. Sebenarnya puding ni mudah je nak buat even to a man! Lepas ni tak payah merayu2 kat mak2 korang suruh buat puding ni, buat je sendiri!


For next project aku plan nak buat kek coklat basah lak haha..!
Till then guys...








Monday, November 1, 2010

My Thailand Adventure..

Baru2 ni Pakcik dan Makcik aku telah bawak satu family dia org jalan2 kat Hatnyai,Thailand. Memandangkan sekarang ni aku masih lagi duduk kat rumah mak cik aku sebab kelas memandu aku yang x habis2 lagi ( Bila la boleh dapat lesen P nih, aku dah letih nak gi kelas sebenarnya! haha..) So untuk memendekkan cerita aku boleh tag along skali. Yay! Dpt jalan2 free!



   Mak cik, Pak cik dan tiga org budak kecik yang buat parents dia org letih melayan keranah dia org hari2... ^_^
 Gambar aku sebelum kita org bertolak (Aku tau yang aku x fotegenik, so toksah mengkomplain naper aku x senyum hak3...)

Bila kita org sampai kat imigresen, kita orang punya border pass di check oleh pegawai yang bertugas

Mcm ni la rupa border pass tu (ignorekan gambar pasport aku ngan gaya rambut baru lepas PLKN tu..), hanya penduduk negeri yang bersempadan ngan Thailand je blh buat, ngan adernya border pass ni x payah leceh2 nak wat pasport ha ha ha..

Akhirnya kita org dibenarkan masuk ke Thailand, Line Maxis aku pun secara automatik bertukar jadi line DTAC (Syarikat Telco Thai kot?) radio kereta pak cik aku lak start playing some crappy thai dance song =_=" seriously org thai ni x dengar lagu rock ke??? haha.. atau maybe aku je x jumpa stesen yang betul
kat thai kita org diguide oleh member pak cik aku yg ikut serta

Ni lah member pak cik aku dan family dia, aku lupa lak nama dia apa hehe.. (Makan semut banyak sgt kot aku ni)
Bila sampai kat Hat Nyai member pak cik aku berhenti jap kat hotel Rajamangala untuk wat tempahan bilik, dia org tempah sebab dia org nak bercuti kat sini dlm bulan 12 nanti


Ni lah rupa hotel Rajamangala tu, hotel boleh dikatakan antara hotel yang top kat Hat Nyai ni


Ni lak Interior hotel ni, dah macam kuil dah aku tengok tp maybe sebab dia org masih maintain gaya seni bina nusantara..

Aku dan cousin aku yang palik kecik skali..
Lepas member pak cik aku siap buat tempahan, akhir tiba waktu favourite aku, waktu makan! Yay!


Kalau dah kat Thai ni x sah la kan kalau x makan seafood kan haha..
 Mak Cik aku sempat beli telur masin ni, tapi x der la masin sangat rasa dia, tp pandai org yang buat telur ni, bentuk dia unik giler

 Thailand ni la maybe antara negara yang masih jual coca-cola dlm botol kaca, kat Malaysia dah x jual kot dalam botol kaca ni




Lauk pauk dan nasik yang kita org makan hari tu...

Akhirnya pas makan kita org gi jalan kat pantai Songkhla pulak! haha.. tp kita org x mandi pun, setakat cuci mata je, tp kita org sempat tengok ikan duyung emas yang famous tu!


 Pantai Songkhla ni la antara pantai paling cantik dan bersih pernah aku tengok, memang kerajaan Thai jaga gila2 pantai ni, sesuatu yang boleh kita praktikan kat pantai kat Malaysia



My pic with the beach as the background..Pantai ni memang cantik sgt2 tp aku x tengok sgt sebab dalam fikiran aku time ni asyik fikir pasal seseorang, huh.. 
         
Sempat bergambar ngan Ikan duyung Emas Lagenda tu (Ignorekan rambut yg dah mcm Son Goku tu, angin kuat kat pantai tu dah serabutkan rambut aku, aku patut pakai hair spray hari tu  : p)




My uncle and cousins..

Lepas gi pantai kita org gi tengok lak satu lagi monument yang famous kat Hat Nyai ni, Patung Kepala Naga Nag!




Patung ni kononnya simbolik kepada naga yang menyembur air suci yg menjaga kesejahteraan bandar songkhla ni.. Korang boleh tengok video naga ni menyebur air kat bawah


My Little Cousin Seem To Have A Good Time Playing Here..


Macam biasa aku jadi pak guard budak2 nih, sabo je la...

Lepas tengok kepala naga ni, kita org gi pulak floating market! Kat sana semua makanan harga dia cuma 2Baht je (dlm RM aku x sure berapa) ada banyak kuih2 unik yang aku x pernah makan aku jumpa kat sini





Pakcik Aku sempat makan mee kat sini, kat sini tempurung kelapa digunakan sebagai mangkuk

Antara kuih yg paling cantik pernah aku tengok...


Pandangan dari atas floating market..

 






 Minuman yg dijual disini diisi didalam bekas tembikar sebagai cawan

 Aku Beli air kelapa yg diisi dalam bekas tembikar doraemon! haha.. macam budak2 je aku beli air dalam bekas tu...




 First time minum air dalam bekas buluh, tp air limau yang aku beli tu masam giler!





 Cantikan kuih2 ni...

 
Bekas minuman cousin aku x sempat wat balik rumah lagi dah rosak, tembikar dia nipis sangat la...


Akhir kata... Kita org semua balik rumah dalam keadaan letih tapi puas hati sgt2, sebest mana pun Thailand best lagi Malaysia, aku senyum sorang2 lepas masuk sempadan Malaysia balik sebab phone aku dah ader line balik haha..
selain tu gak... malas dah aku nak tulis, mata aku dah ngantuk sgt nih,jam dah dekat pukul 6 tp aku x tido2 lg dok buat post ni haih....

Till next time then!











                     

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...