Wednesday, December 1, 2010

Ber-Amazing Race dalam hujan demi sesuap nasi...

Emo semacamkan tajuk post aku kali ni haha..
Mesti korang tertanya2 kan apa kaitan amazing race, hujan lebat dan jugak sesuap nasi ngan aku kan?

So alkisahnya bermula lebih kurang cam gini
Beberapa hari yang lepas aku telah kena attack dengan selsema yang agak teruk la gak. Nak keluar makan pun x larat jadi aku pun pesan la kat seorang member aku ni tolong belikan nasi goreng USA kat restoran D-men (untuk pengetahuan korang restoran merupakan restoran yang agak famous gak di kalangan student TESL sebab kualiti dan harga makanan dia). So sementara menunggu member aku ni balik aku sempat la online internet jap. Pastu tiba2 handset aku meraung2 lagu  Fear and loathing in Las Vegas - Burn the disco floor with your two step (Saper yang kenal aku mesti dapat guess ni band genre aper hehe..) menandakan masuk waktu isyak bagi wilayah persekutuan KL dan kawasan yg... EH! Aper aku merepek nih! yang sebetulnya menandakan masuknya mesej dalam phone aku haha.. =_="

Ok cukup2 la merepek tu, anyway Zaim hantar mesej kat aku yang seorang member aku juga, tapi perempuan, nickname dia Clow, telah tersalah ambik nasik yang dia pesan kat aku! Zaim kata Clow tu dah balik kolej dah pun, Adush... pulak dah, so nak tak nak terpaksa la aku pakai jeans, t-shirt dan sweater pastu gi kolej Tun Fatimah ( Tempat tinggal puteri2 TESL) untuk mengambil nasi aku tu, so aku melangkah lah dengan malasnya turun tangga kolej Jebat ni (pada hal bilik aku tingkat dua je pun haha..). Nak menambah burukkan keadaan on the way aku ke T.Fatimah hujan la pulak! Haish! Pas satu2 bad luck malam tu. Sampai je kat T.Fatimah Clow call aku. Rupanye dia tak balik pun lagi dari restoran D-men tuh! Zaim dah salah bagi info!(Clow offer nak hantar nasi aku kat kolej aku, tp dah lebih separuh jalan pun aku jalan baik aku gi terus je) So aku gi D-men pulak! Alahai.. On the way ke D-men tu aku terserempak ngan Clow, dia kata dia dah tinggal nasik aku tu kat restoran tu, aku kata ok je lah dan teruskan perjalan gi D-men.

Sampai kat D-men, aku ambik nasik aku dan terus balik ( Malas aku nak tunggu lama2 lagi! Dah la selsema time tu!), Tapi alang2 dah keluar tu aku pergi kedai runcit jap beli Top-Up ngan megi. Kat sana aku terserempak ngan seorang member aku, hamba allah yang famous ngan gelaran orang tua sebelum usia iaitu Khai hak3 (BTW Khai ni ketua level aku) Dia mintak aku tolong hantar cool fever kat member aku Amin yang ngah demam time tu. Bagus! Ni aku salute nih, contoh ketua yang boleh diharap. So lepas tu aku balik kolej bagi cool fever tu kat Amin dan terus masuk bilik aku. Tuhan je tahu betapa bersyukur nye aku dapat ngap nasik tu! Nak boleh masuk nasi dalam perut pun banyak bebenor cabaran dia. Tapi tak per la, at least ader hikmahnya aku kena keluar tu. Kalau aku tak gi keluar lambat la si amin tu dapat cool fever tu. Kepada Zaim aku ucap terima kasih sebab sanggup tolong aku beli nasi dan kepada Clow aku tak der hard feeling pun kat ko, thanks sebab offer nak hantar nasik kat aku yer!

2 people got something to say:

AFIQAH HANI said...

gagagga....kalo aq tau, sumpah aq bawakkan.. hahah

Ben Frankenstein said...

Haha.. x per, dugaan semata2 tuh, tuhan nak test layak atau tidak aku terima rezeki dia tu

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...