Saturday, December 18, 2010

Me and Malaysian Buses

Krismas dah nak dekat dah ni, maknanya tak lama lagi aku akan balik cuti! yay ~ nasib baik tiket bas semua dah beli. Bila sebut pasal tiket bas ni kan aku teringat balik adventure2 aku naik bas sebelum ni. Boleh tahan banyak la jugak pengalaman yang boleh dianggap menarik sewaktu aku naik bas nih haha...

Jom kita down memory lane aku pasal bas ni jap!

Adventure No. 1

Bas yang dinaiki: Blue Omnibus Express

Dari mana ke mana : Taiping, Perak ke Jeli, Kelantan


Buruk kan bas dia? Peristiwa ni berlaku waktu form 4 kalau tak silap aku, tu lah kali pertama aku naik bas express sorang2. Aku tau mesti ader orang kutuk dah tua bangka macam tu baru nak belajar naik bas sorang haha.. well there is a first time for every thing isn't it. Lagi pun sekolah aku time tu iaitu MRSM Taiping, Perak offer balik kampung free jadi aku bagi jela nama aku kat biro kebajikan sekolah. Bas buruk ke tak belakang cite janji free haha.. Aku memang tangkai jering skit waktu sekolah dulu. Alhamdulillah skrang ni aku dah tak der maner dah perangai kedekut taik idung masin macam tu, sebaliknya dah diganti dengan perangai boros nak mampus  hehe.. =_=" Ok lah, back to the topic aku naik bas tu dalam pukul 6.30 petang kalau tak silap aku. Aku anggar time tu dalam pukul 11 malam sampai la kat rumah aku. Rumah aku kat Jeli, Kelantan so tempoh perjalanan dia ngan Taiping, Perak dalam empat jam je. Nak di jadi kan cite aku tertido kat atas bas time tu, sebab tu first time aku naik bas express sorang2 aku tak tau yang kita kena cakap kat driver bas tu kita nak berhenti kat mana. So aku terlanjak satu daerah dan berhenti kat Tanah Merah, Kelatan. Tanah Merah ni jarak dia setengah jam je dari Jeli tapi waktu tu dah tengah malam kot. Dah la dalam poket aku cuma ader Rm 5 je time tu. Nak menambah buruk kan keadaan Abah aku tak ader kat rumah time tu sebab dia tengah berkursus T_T ... Nasib baik phone aku ader, waktu tu aku bersyukur sangat2 yang MRSM Taiping benarkan pelajar dia bawak phone. So aku call sorang member aku mintak tolong gi ambik aku ni. Bila aku sampai rumah teruk aku kena leter ngan mama aku =_=" ...

 Adventure No.2

 Bas yang dinaiki : Bas sekolah rembat dari mana tah

Dari Mana ke mana: Melaka Central, Melaka ke Kota Bharu, Kelatan


Mesti korang rasa pelik kan pehal Melaka dan Kelantan yang begitu punya jauh (10 jam tempoh perjalanan) aku naik bas sekolah je kan. Itu lah padahnya kalau beli tiket lambat. Time ni aku balik untuk cuti raya kalau tak silap aku. Sekarang aku dah study kat UiTM Alor Gajah, Melaka dalam program Foundation in TESL ( Teaching English As Second Language). Aku ngan member2 aku yang asal dari Kelantan pakat ramai2 nak sewa bas balik kampung time tu. Tapi kita orang dapat bas tambahan je tu yang dapat bas sekolah tu. Kita orang naik bas tu dalam pukul 8 malam. Apa yang menyebabkan balik kampung kita orang menjadi begitu EPIC ialah bas tu rosak kat tengah jalan! Habis kita orang semua stranded in the middle of nowhere! Pak cik bas mintak maaf banyak2 kat kita orang dan mintak kita orang semua sabar tunggu bas bantuan. Aku macam nak hantuk kepala kat dinding bas time tu! Dah la semua ngah puasa time tu. Habis satu bas tak boleh sembahyang subuh time tu. Aper nak buat dah nama pun daruratkan. Nasib baik ader seorang member aku mintak tolong ngan mak dia supaya tolong panggil bas lain ambik kita orang kat situ.Tapi aku balik ngan abah aku sebab tempat tu dah tak jauh sangat ngan Kota Bharu sebenarnya. Abah aku dah memang tengah tunggu aku kat Kota Bharu waktu tu. Bila aku sampai kat rumah dalam pukul 11 pagi perkara pertama yang aku buat ialah sembahyang subuh. Lantak la subuh gajah ke, dinasour ke, Ikan paus ke janji sembahyang tak tinggal :P

Adventure No.3

Bas yang dinaiki: Bas PLKN dan Bas Persiaran (Dua entah rembat dari maner...)

Dari mana ke mana: Tanah Merah, Kelantan

Bas Persiaran
Bas PLKN
 Mesti korang pelikkan kenapa aku naik sampai dua jenis bas. Sebenarnya dua2 bas ni bas tambahan jugak. Waktu tu aku nak balik UiTM sebab cuti raya dah nak habis. Sebenarnya ni still cuti raya yang sama ngan cuti raya diatas (cuti tahun 2010). Cuma ni cite pasal aku nak balik UiTM balik, yang kat atas cite pasal aku nak balik kampung. Member se-Kelantan still plan nak balik ramai2 time tu (Kita orang masih tak patah semangat biarpun dah pernah kena stranded waktu balik hari tu huhu..). Kita orang setuju nak kumpul ramai2 kat Kota Bharu kat untuk naik bas yang kita orang sewa tu. Kita orang dah plan elok dah semua benda. Pada hari yang telah dipersetujui ramai untuk kita orang bergerak balik aku pun naik la kereta ngan Abah bertolak ke Kota Bharu. Tapi bila aku baru je sampai kat Tanah Merah (still tak sampai Kota Bharu lagi) aku dapat phone call dari seorang member aku yang driver bas yang kita orang sewa tu buat hal. Dia kata driver bas tu tak nak gerak pada hari ni meskipun dah janji ngan kita orang sebab dia letih (Driver tu baru datang dari Melaka). Abah aku naik angin giler time tu, dia mintak no phone driver tu ngan aku dan lepas tu dia cuba cakap ngan driver tu. Tapi keputusan driver tu still tak berubah. Abah aku bertambah naik angin dan terus bergaduh ngan driver tu kat phone. Mana la orang tak marah sebab habis susah budak2 disebabkan driver tu. Last2 abah belikan aku tiket bas lain sebab dia kata walau macam maner pun aku kena naik bas hari tu jugak, tak boleh naik esok (Sebab lusa nanti aku ader final exam so dia risau aku tak sempat review studies aku kalau balik lambat sangat) Bila aku sampai kat stesen bas Tanah Marah ramai giler orang kat situ. Sampai kakak yang buat pengumuman bas mana kena naik tu pun jadi pening. Dia kata saper nak pergi Melaka sila naik bas tambahan PLKN. So aku ngan berapa belas orang lagi naik la bas tu. Bila bas tu dah gerak lebih setengah jam tiba ader sebuah bas persiaran lalu sebelah bas PLKN tu. Driver bas persiaran tu menjerit kat driver bas PLKN tu suruh dia berhenti, agak lama jugak la baru driver PLKN tu notice. Aku ras tu la kali pertama dalam seumur hidup aku tengok dan terlibat adengan racing antara dua bas =_=' . Rupanya akak tadi dah salah bagi arahan kat penumpang yang nak gi melaka. Sebenarnya bas persiaran tu la bas yang nak gi melaka. Hodayai.. tu la jadinya kalau buat kerja tu kalut sangat (Sedap je aku cakap orang lain kalut padahal aku pun kadang2 kalut gak :P) So aku pun tukar lah bas tu dan turun dengan selamat nye kat Melaka...

Itu lah tiga adventures aku ngan bas2 kat Malaysia Tanah Air ku ini haha.. (Jadi patriotik jap :P) Untuk pengetahuan korang untuk cuti Krismas ni situasi nya lebih kurang seperti dibawah.

Kalau boleh aku tak nak ader adventure dah kali ni, kalau tak jadilah Adventure No.4 :P

Bas yang dinaiki : Bas Transnasional (Double Decker)

 Dari mana ke mana: Alor Gajah, Melaka ke Kota bharu, Kelantan
 

Aku akan naik bas dengan seseorang yang amat bermakna bagi aku kali ni... Aku doa mintak2 tak ada apa halangan kali ini, moga2nya musafir kali ni akan berjalan lancar dan bermakna bagi kami. Moga2 kami berdua selamat sampai ke destinasi masing2 untuk berjumpa dengan ahli keluarga yang tersayang... Moga2 musafir kali ini menguatkan lagi hubungan kami berdua..
Amin...

0 people got something to say:

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...