Friday, January 20, 2012

Teori aku kini hakim debat bertaraf ASEAN

14 hari bulan Januri lepas aku ada pergi kursus kehakiman debat keamanan ala presiden inter IPT ASEAN anjuran Universiti Pertahanan National Malaysia (UPNM). Dengan pentauliahan sijil dari UPNM selepas aku tamat kursus tu maka aku dengan rasminya layak untuk menjadi hakim untuk mana-mana pertandingan debat Bahasa Melayu sehingga ke peringkat ASEAN.

Wajah berkaliber seorang hakim debat.. ( konon -.-" ) Thanks kat abang Joe sebab tolong snap pic nih time bengkel nih.
Ok -.-" Actually aku pun still tak berapa nak boleh telan mana hakikat nih. Maklumlah aku ni baru lagi dalam bidang debat Bahasa Melayu nih. My actual background was in English debate. Aku start involve dengan debat Bahasa Melayu sejak aku jadi high committee untuk Debat 211 Jam UiTM dan Utusan Malaysia dulu.Time tu pun aku involve sebab nak cari pengalaman jer. Kat sini la gak aku kenal lecturer Pn. Hajah Noriza atau pun nama glamour dia mama. Bila UPNM contact mama untuk hantar beberapa orang student dia untuk dilatih menjadi hakim untuk debat keamanan nih mama bagi la nama-nama student yang pernah kerja dengan dia waktu debat 211 jam dulu. Tapi malangnya aku baru jer tukar no phone time tu so mama tak boleh nak contact aku. So aku terlepas lah bengkel sesi 1 kat UPNM tuh.. 

Bila mama dengar dia orang nak buat sesi 2 pulak mama cepat-cepat cari aku. Sebelum dia cakap kat pasal bengkel tu aku tadah telinga dulu seminit dua dengar dia meleter pasal tukar nombor phone tak cakap kat dia -.-" "Allah.. Alamak.. sorry mama.. lupa hehe.." tu je la yang boleh aku cakap haha. So mama pun story la pasal bengkel sesi 2 dekat SMK Seri Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan tuh.
So nak dipendekkan cite skit aku pun terasa macam nak join la bengkel tu. Tapi satu lagi masalah timbul. Aku nak pergi dengan saper? Puas aku cari member-member aku kot-kot dia orang nak join gak. Tapi maybe atas faktor jauh sangat tak ader pun yang nak pergi.. yer lah, Seremban dengan Shah Alam dekat dua jam kot.

Aku hampir-hampir give up nak join bengkel tu.. Tapi last-last aku nekad nak bawak moto sorang-sorang pergi seremban tu. Nak memparahkan keadaan bengkel tu pukul 8 pagi la pulak start! Nak tak nak aku kena gerak bawak moto dalam pukul 5 pagi nak pergi Seremban untuk make sure sampai on time -.-" Sebab aku tak tau jalan aku telefon abang Joe dulu. Abang Joe ni actually senior aku. Dia student course DPLI dekat fakulti aku. Rumah dia dekat je dengan SMK Seri Ampangan tu. So dia kata aku bawak je motor tu sampai plaza tol Seremban-Port Dickson lepas dia guide aku pergi sekolah tu dengan kereta dia.

Ok motor aku tak ader la besar macam ni sebenarnya -.-"
Korang pernah tak bawak motor long distance dalam pukul 5 pagi? Nasihat aku kalau nak naik motor subuh-subuh ni sila pakai sweater setebal mungkin sebab memang macam nak beku je sejuk dia! Tangan aku bila sampai tol Seremban Port Dickson tu macam dah beku dan melekat kat handle bar motor tu -.-" Nasib abang Joe dan memang ready tunggu kat tol tu. Lepas tu aku pergi parking motor aku dekat masjid yang dekat dengan tol tu sebab abg Joe suruh naik kereta dia jer. Lupa pulak aku nama masjid tu tapi kalau tak silap masjid tu kat bawah jejantas la.

Bila kita orang sampai kat SMK Seri Ampangan tu gate sekolah tu tutup lagi. Bila kita orang tanya mak guard yang in charge dia mintak surat kebenaran. Mana la kita orang ada surat tu -.-" Kita orang pun call la abang Ah Choi, senior yang inform Mama pasal event nih. Dia ajak kita orang lepak dekat warung yang ada dekat sekolah tu dulu sementara nak tunggu cikgu yang bertugas tu datang bukak gate sekolah tu. Sempat la gak aku breakfast ala kadar jap kat warung tu. Dalam pukul 8.30 pagi kita orang pun masuk la sekolah tu. Kalau tak silap dalam pukul 9 pagi baru bengkel tu start lepas pendaftaran semua.

Petugas yang mostly student UPNM ngah bertugas bendaftarkan perserta-peserta bengkel
Yang pakai baju melayu biru tu la abang Ah Choi, dia alumni UiTM yang responsible untuk latih bakal-bakal hakim nih ^^ biar pun muka dia nampak macam garang dia actually boleh tahan sengal gak -.-"
Abang Ah Choi ngah bagi explanation pasal format debat ala presiden
Abang Joe, My DPLI senior ^^

Kak Waina, which is also one of my DPLI senior ^^
Bakal-bakal hakim tekun mendengar ceramah pemarkahan
Hakim-hakim sewaktu minum pagi
Salah seorang pendabat menyampaikan hujan sewaktu demo debat
Salah seorang wakil hakim bertanyakan soalan kat pendebat
Sesi penyampaian sijil =)
Finally official jadi hakim =) Ok terexpose nama sebenar lak -.-"
To be frank sebenarnya waktu bengkel sesi kedua tu aku sorang je student degree. Yang lain mostly dah grad atau pun cikgu-cikgu sekolah. Sampai kan aku pun dia orang tembak panggil cikgu Syafiq tuh -.-" Haha.. tak per la kot skali skali merasa jadi cikgu. Lepas habis program tu aku terus balik. Tapi nak dijadikan cerita minyak moto aku habis la pulak tengah jalan tuh -.-" Nasib baik petronas dah dekat dah time tu, kalau tak memang melopong la aku tunda moto tu. Lain kali kalau nak pinjam moto tu make sure meter minyak function. Kalau tak jadi la macam aku nih -___-


0 people got something to say:

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...