Friday, September 16, 2011

The Winding Road To Degree : Part 2 (One Week Of Havoc)

I don't know why I put the tittle for this chapter as one week of havoc -.-"Sebenarnya tak ader la havoc mana pun. Sebab untuk semester ni aku cuma kena ambik 5 course untuk degrree in TESL (Teaching English As A Second language) -.-" So kalau mengikut jadual group kelas yang aku pilih aku cuma ada dalam 1 atau 2 kelas je setiap hari. Tapi kalau ikut dari segi nak adapt hidup kat Shah Alam ni.. agak kelam kabut la jugak kot. Especially time mula nak belajar naik bas rapid tuh. Nak boleh sentuh kad touch and go atau pun nama lain dia kad rabbit kat pad dia pun kelam kabut -.-"

Kad Rabbit (google)

Untuk naik RapidKL ni kita orang terpaksa beli kad "arnab" ni sebab dia orang tak terima cash. Waktu nak guna kad ni for the first time memang terserlah kejakunan masing -.-" Memang boleh nampak terus saper yang datang dari kampung saper yang datang dari KL.

Untuk minggu orientasi kat UiTM Shah Alam atau nama lain dia Minggu Destini Siswa (MDS) aku tak ader apa nak cerita sangat. Mudah citenya aku amat-amat kena culture shock dengan cara MDS tu dijalankan. Sebab bila aku masuk UiTM Shah Alam ni memang aku dah prepare mental dan fizikal dah nak hadapi MDS nih. Korang paham-paham la orentasi.. Mana ada yang best. Mesti banyak kena sound dan torture. Tapi sangkaan aku meleset terus untuk MDS UiTM nih. Senior-senior kita orang baik giler-giler! Tak pernah-pernah aku jumpa senior yang baik macam senior-senior kat UiTM nih. Dia orang betul-betul layan kita orang macam orang yang mature. Dan memang aku akui buat kali pertama dalam sejarah aku tak teragak-agak nak panggil orang lain abang. At least untuk senior kolej aku je la aku tau baik. Untuk kolej lain macam kolej Jati "kepak-kepak" tu aku tak la macam mana sebab aku tak dok situ :P

Bahagian depan Hadapan UiTM Kampus Seksyen 17 Shah Alam (Google)
Basically fakulti aku iaitu fakulti pendidikan terletak dekat seksyen 17 Syah Alam. So distance dia agak jauh jugak la sebab kolej aku kolej Meranti duduk kat seksyen 2. Kalau tak silap aku maybe ada dalam 20 minit ulang alik naik bas kot. Tapi nak menunggu bas tu pun satu hal jugak so kita orang biasanya akan ready tunggu bus dalam masa 1 jam sebelum kelas. Kadang-kadang kalau ada bus UiTM lalu kita orang dapat naik bas free. Kalau tak pun bus rapid ngan bas mini berlambak. Basically sebenarnya kita orang lelaki tak keluar banyak sangat belanja dalam bab transport ni compare to budak perempuan. Sebab dekat seksyen dua ni ada satu food court yang kita orang selalu makan dan food court tu memang dekat dengan kolej kita orang. So lelaki boleh balik kolej jalan kaki je compare ngan budak perempuan yang terpaksa naik bas dari fakulti pendidikan pergi food court seksyen dua pastu naik bas balik pergi kolej dia orang. So rasanya lelaki cuma keluar RM2 je kot untuk transport pergi balik fakulti nih. Yang perempuan kena dekat RM4 rasanya sehari. So untungla jadi lelaki, jimat :P

So that is all untuk chapter nih. Just to give you a rough preview of how my life is now :) I will go into more details in the future post.

 

3 people got something to say:

Fiery Phoenix said...

kepak-kepak tu Perindu la sengal, bukan Jati =_=''

Ben Frankenstein said...

Aku tau, saje nak pekena dua2 :P

Reen said...

kepak2 tu macam haunted giler.. dok replay dlm otak je =.='' haha.

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...