Thursday, October 13, 2011

Tips untuk prevent ex anda yang datang menggatal balik

Dah lama aku tak buat entry love doctor kan -.-" haha.. Ok then.. Dear readers.. Berapa ramai yang pernah ader breakup yang amat amat teruk? The breakup was so damn BAD that you can not even stand the mention of his or her anymore.. Cuba klik like kat bawah tu nak tengok berapa ramai haha.. Pastu berapa ramai lak yang ex korang merayu nak get back dengan korang lepas break up tu? Again, click the like button below so I can know how many of you have that experiences :)
Breakup.. is nothing but plain sucks..
Apa yang korang rasanya yer bila dia menggatal nak bersama dengan korang balik? Marah? Menyampah? Rasa macam nak libas kepala dia dengan batu konkrit? Bawak kereta sampai 200 kilometer per jam dan langgar dia sampai tercabut urat tengkuk? Maybe something much more worse than that? Ye la kan, dah dia mengada buat masalah sampai kita sakit jiwa lepas tu senang je dia kata dia nak get back dengan kita balik.

Well that kind of question only you yourself can answer it. Tapi satu je la yang korang kena ingat.. setiap manusia layak untuk dapat peluang kedua... Even if that person is your ex. Tapi tu still tak bermakna yang korang kena terima dia balik. Perkataan peluang kedua tu banyak maksud dia. Kalau korang berdua dapat teruskan hidup tanpa satu sama lain pun dikira sebagai peluang kedua.

Sebenarnya kalau korang terlibat dengan situasi macam ni lebih baik Mr.Ben rasa korang berdua bawak haluan masing-masing. Tapi pastikan korang tamatkan dengan baik hubungan korang tu. Explain kat dia elok-elok pasal pasal korang dah tak sanggup dah nak teruskan relationship dengan dia. Tapi kan.. bukan semua boleh buat macam tu yer tak. Kebanyakan orang mudah lembut hati nak terima ex dia orang balik. Meskipun korang sendiri dah sedar dia tu lagi banyak buruk dari baik..

So apa yang korang nak buat kalau benda macam ni dah jadi? I been doing some thinking and I think got a few tips to help you in this kind of mess. Korang boleh ceritakan point-point ni kalau korang tak ader idea macam mana nak explain kat dia yang korang dah tak sanggup terima dia dah :)

1) Ceritakan betapa happynya korang sejak dia tak der dalam hidup korang


Korang cite kat dia dah betapa banyaknya hidup korang berubah sejak dia tak ader. Maybe kalau dulu tak boleh buat salah sikit terus korang kena sound dengan dia. Jadi korang ceritakan Sekarag korang dah ader freedom untuk buat apa yang korang nak tanpa perlu risau pasal siapa pun marah kat korang lagi :D Well minus Allah s.w.t la -.-" Kalau tuhan kita marah kat kita of course la kita perlu risau kot. Kalau dulu dia selalu dorong korang buat benda yang menyalahi agama korang cerita kat dia yang sekarang korang dah bahagia sebab dapat kembali kepada Allah s.w.t dan korang dah tak sanggup nak buat dosa kecik mahupun besar seperti dulu

2) Find someone better and show them to your ex 

 
Biasanya cara terbaik nak teruskan hidup korang ialah cari orang lain kan. Biar ex korang sedar apa yang dia gagal nak protect korang dulu. Kalau boleh cari yang lagi caring.. dan yang lagi sayang kat korang. Kalau lagi handsome atau cantik, lagi kaya dan beriman dan lain-lain tu di kira bonus :P Apa korang kata? Korang tak memandang kebendaan? Jangan tipu la -.-" Macam la aku tak tau.. Tak ada apa yang salah dengan cari pasangan yang berharta skit. Boleh gak menjamin masa depan korang kan? Yang penting kita jangan biar rasa sayang tu jadi berteraskan harta benda.. Hancur jadinya kalau macam tu. Tapi korang jangan la rush nak cari yang lain semata-mata ex korang menggatal balik. Slow-slow and let fate take it course :)

3) Buat declaration nak single sempai habis study

Percaya atau tak aku dah pernah buat benda ni dulu -.-" Tapi bukan la sebab ex-aku datang menggatal balik atau apa. Aku just malas dah nak terlibat dengan bendalah relationship nih. Maybe focus pada study alone is the best thing for me. Tapi pasti kan korang cakap yang korang bukan gay atau lesbian dulu sebelum korang buat statement nih -.-" Biasa la, budak-budak uni ni kalau nampak orang lain single lama skit mula la macam-macam cite keluar. Apa rasionalnya korang buat macam nih? The answer is easy. Bila korang buat declaration macam ni ramai orang akan tau. Dan ramai orang akan ingatkan balik kat korang pasal declaration korang nih kalau korang hampir-hampir ter "jatuh hati" balik kat ex korang. So korang macam ada safety belt untuk halang hati korang dari ter"injured" sebab eksiden kali kedua.

By the way.. want to see my declaration? Well whether you want to or not here it goes :p


Korang notice tak berapa ramai yang kepoh? -.-" Mereka-mereka ni la yang akan jadi tukang memberi peringatan pada korang nanti haha..

4) Change your number/putuskan contact

I don't want to talk to you anymore, stop calling me ;(
Ni sepatutnya antara langkah paling mudah nak buat. I know.. some of you maybe sayang no. phone korang tu. Tapi dah korang ada ex yang psycho mcm tu nak buat macam mana kan -.-" Dari dia dok terus menerus kacau korang kot phone it is better to stop it once and for all. Sim card murah je yer. Tak sampai RM 10 boleh beli skrang. Atau pun kalau korang tak nak tukar no phone korang boleh bar no ex korang tu terus. Just pergi je center syarikat telco korang dan cakap nak bar no. Senang kan?

5)Talk to your ex parents

Gulp.. creepy la pulak nak cakap kat dia orang yer
 Ni hanya untuk mereka yang betul-betul berani mati je yer. Korang cite kat parents ex korang pasal ex korang dok ganggu dia. Lebih elok sebenarnya korang buat macam ni kalau ex korang pernah introduce korang kat parents dia dulu. At least dia orang kenal kan. Cakap elok-elok kat dia orang.. dan pastikan cakap berlapik dan slow-slow.. Cite masalah korang satu-satu dan korang dan tak sanggup dah kena kacau. Sebagai parents of course la dia orang risau pasal anak dia orang dok kacau korang kan. Insyaallah dia orang akan nasihatkan ex korang tu. Tetapi langkah ni amat-amat berisiko yer. Sebab karang tak pasal-pasal korang kena tuduh main-mainkan anak dia orang pulak -.-"

6) Cerita dekat member ex korang

Korang ada tak kawan-kawan ex korang yang baik dengan korang? Kalau boleh citekan apa yang korang rasa kat dia. Mintak dia tegur dan nasihatkan member dia tu. Sebab kalau mengikut pengalaman Mr.Ben la.. kadang-kadang bila kita involve dalam satu relationship kita akan dapat gak best friend dari kalangan member ex korang tuh. Hopefully dia akan faham dan boleh tolong mintak ex korang tu supaya stop.


Actually entry ni dah dekat dua bulan Mr.Ben tulis, skrang baru boleh publish. Nampak sangat malas kan -.-" That is all I guess :) See you next time then!

4 people got something to say:

Fatin OPRA said...

nk try praktikkan...haha

Ben Frankenstein said...

@Fatin OPRA Good luck then :)

Reen said...

macam mana kalau tak happy after dia pergi? macam mana kalau takde bf baru pun?macam mana kalau taknak tukar number? haha *tu semua alasan taknak jauhi ex; lol !

Ben Frankenstein said...

@Reen haha -.-" nanti aku buat tips macam mana nak lupakan ex pulak

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...