Wednesday, August 24, 2011

Sejarah Kasut Ben Frankenstein : Dari kasut zaman sekolah, PLKN sampai universiti :)

Assalamualaikum and whadup there! Dah lama kan Mr.Ben tak post kat blog ni? OK la.. baru berapa hari je tak post tapi lama la tu -.-" . Anyway I was tagged by Miss Amirah Izzah for this one. Apa yang dia suruh buat mudah je. Just tulis satu post pasal something related dengan "kasut". Tak kisah la sama ada kasut yang korang nak beli ke.. yang memang korang dah biar berdebu dekat stor ke.. design kasut yang buat korang rasa menyampah dan sakit hati giler sampai nak bakar dan cincang lumat kasut tu ke.. -.-" OK tu dah over skit. The point is as long as the post has the word "Shoes" it will do just fine :) And guess what? Here is mine!

Kasut Bata kaler Hitam (Waktu Jadi Pengawas Time Darjah 5) Size: 5 atau 6 kot, entah la, sebab size dia dah blur


Dah berhabuk dan bersawang dah kasut ni. Ni la kasut hitam yang first Mr.Ben ada. Time tu rasanya saper-saper yang pakai kasut Bata ni memang orang lain respect habis. Maklum la, kasut brand Bata ni la antara kasut sekolah yang paling mahal waktu Mr.Ben kecik dulu. Mr.Ben dapat pakai kasut ni pun sebab tiba-tiba kena appoint jadi pengawas ngan cikgu waktu darjah 5 dulu. Ingat lagi bila cikgu tiba-tiba panggil pergi depan time tu. Budak-budak lain semua pakat dok bisik-bisik time tu. Siap ada dua tiga orang lagi yang memang jenis muka nak kena lempang ucap "taniah la ko, kena denda la nampaknya" -.-" Waktu tu cuak memang tak payah nak cakap la sebab sebenarnya hari tu homework math Mr.Ben memang tak siap pun haha.. -.-" Tapi kan tiba-tiba je cikgu suruh semua classmates Mr.Ben tepuk tangan dan ucap taniah sebab Mr.Ben dah dilantik jadi pengawas sekolah. Melompong habis mulut budak-budak tu. Hah! Ambik ko! Tadi syok dok nganjing Mr.Ben :P Memang habis hidung kembang sebab bangga jap time tu -.-"

 Kasut Kulit Hitam (Yang Dapat free waktu PLKN) Size: 8


Berkilat lagi kasut ni.. Kasut ni la antara kasut yang penuh memori skali. Kasut ni biasanya wira PLKN kena pakai waktu nak pergi kelas character building atau majlis rasmi dalam dewan. Ni bukan kasut kawad sebenarnya. Kasut untuk kawad tu dia ader bagi but khas yang memang tapak dia tebal giler. Kalau kena penyepak dengan but tu boleh tahan bergolek-golek sakit la atas padang kawad tu sebab but tu keras giler. Tapi malangnya but tu dia ambik balik lepas tamat latihan tiga bulan tu. Cuma kasut ni dan kasut sukan yang dia bagi je boleh bawak balik. Tapi kasut sukan tu Mr.Ben dah buang dah sebab dah tercabut habis dah tapak dia Mr.Ben guna wat joging dan main taqraw. Teringat lagi dulu Mr.Ben tiap-tiap malam polish kasut ni dengan but kawad tu. Sampai berkilat boleh wat cermin muka Mr.Ben polish. 

Korang tau tak apa memori yang kasut ni ader? Time tu kan kadang-kadang lepas habis kelas character building Mr.Ben sempat lagi curi-curi pergi dating dengan makwe Mr.Ben time kat kem PLKN  -.-" Mesti korang terfikir "Apa kes entah Mr.Ben ni, time PLKN pun sempat sempat mengorat dan ader makwe lagi tu!" Haha.. Kalau kita orang kena cekup dating ngan jurulatih PLKN time tu bersanding depan padang kawad la kita orang time tu. Tapi kebanyakan jurulatih kat sana kenal Mr.Ben macam mana. Dia orang tau Mr.Ben ni budak baik dan tak buat benda-benda mengarut walaupun tengah dating. So kalau kita orang terserempak dengan dia orang pun dia orang wat tak nampak dan senyum je hehehe.. :P Mr.Ben buat apa je pun waktu dating time tu. Setakat duduk tepi tasik rekreasi tu dan main baling-baling batu dalam tasik je ler pastu dok cakap pasal benda entah apa aper. Maklum ler saya ni kan budak naif dan hati suci skit (konon) -.-"

Tapi korang faham-faham ler.. relationship soldier boy dan soldier girl ni susah nak tahan. Lebih-lebih lagi kalau dua-dua dok jauh. Kita orang tak der jodoh nampaknya, lepas habis PLKN kita orang putus lepas dua tiga bulan. Tapi kita orang still baik lagi dan selalu mesej tanya khabar satu sama lain. Tapi alhamdulilah skrang dia dah jumpa jodoh dia dan dah pun jadi isteri orang. So Mr.Ben dah tak contact dah la dengan dia. No. Handphone pun dah lupa dah. Maklum la cite lama kan. Ish.. Macam orang tua pulak aku cakap nih -.-"

 Sneaker Line 7 Kaler Putih ( Beli kat Melaka waktu program Asasi TESL dulu ) Size : 7

 
Gambar kena google sebab kasut tu dah hancur T_T




Sneaker ni Mr.Ben beli waktu keluar dengan Cik Amirah Izzah, Cik Naswa Nadila, Cik Shera Fauzi dan Cik Nur Fadzleen kat Masjid Tanah, Melaka dulu. Time tu kita orang loaded skit sebab elaun asasi baru dapat hehe.. 1K lebih dalam poket kita orang kot. Memang kita orang shopping habis-habisan la time tu. Dengan sneaker ni la Mr.Ben jalan-jalan ke serata tempat waktu kat Melaka dulu. Tapi kasut ni dah hancur sebab Mr.Ben guna kasut ni untuk kerja kat Kedah dulu. Time tu Mr.Ben kerja kat department bahan basah kat sebuah pasaraya kat Alor Setar jap. Hari-hari dok bergelumang dengan air dari ikan dan sayur lama-kelamaan reput la sneaker ni. So Mr.Ben tak der pilihan lain selain buang terus je la sneaker ni lepas berhenti kerja kat situ.

Selipar Jepun Brand Aper Entah (Beli kat pasaraya Petronas sebab sandal yang lama kena curi kat masjid) Size : 8


Cukup tragis dan sadis sebenarnya macam mana Mr.Ben boleh ader selipar jepun nih T_T Dulu kan waktu form 4 kat Mrsm Taiping Mr.Ben ada lah terjumpa satu sandal Adidas original yang cun sangat-sangat kat sebuah kedai kasut kat bandar Taiping tu. Mr.Ben terliur sangat-sangat tengok sandal tu. Tapi harga dia pun boleh tahan cun jugak. Dekat RM190 kalau tak silap Mr.Ben. Mr.Ben student sekolah lagi waktu tu. Mana la mampu nak beli sandal mahal macam tu. Setiap kali Mr.Ben keluar outing mesti Mr.Ben pergi tengok kedai yang jual sandal tu nak check ada stock lagi tak sandle Adidas tu. Sampai uncle cina tuan punya kedai tu kenal Mr.Ben. Agaknya dia kesian kot tengok Mr.Ben dok tengok je sandle tu so dia kata dia akan simpan sepasang sampai la Mr.Ben cukup duit nak beli sandal tu. Jadi Mr.Ben nekad la nak beli sandal tu. 

So Mr.Ben banyak la wat kerja part time waktu kat hostel macam tolong gosok baju member, tolong basuh baju, tolong gi ambik makanan member kat dewan selera, jual hot dog yang Mr.Ben rebus guna heater, jual nasi lemak yang dapat dari dealer luar dan macam-macam kerja lagi la. Kadang-kadang bila kantoi dengan warden duduk menjual tu memang boleh tahan kena lecture la sebab student mana boleh berniaga macam tu. Upah kerja tu bukan la banyak mana pun tapi dapat la gak duit. Nasib baik member-member sporting dan faham. Mr.Ben tak nak la mintak duit parents sebab benda ni bukan untuk belajar. Mr.Ben siap ikat perut segala benda sebab nak jimat duit. Last-last lepas dua tiga bulan Mr.Ben dapat la dalam RM200. Waktu dapat pakai sandal Adidas tu memang Mr.Ben bangga sangat-sangat.. Maklum lah beli dengan hasil titik peluh sendiri. Dua tahun lamanya Mr.Ben guna sandal tu dan dia tak rosak pun. Tapi apa nak buat.. suatu hari waktu Mr.Ben stop tepi jalan nak solat jumaat sandal tu hilang. Sedih tu tak payah cakap la sebab Mr.Ben sayang giler sandal tu. Tapi tak kan Mr.Ben nak kaki ayam je kan bawak kereta tu. Last-last Mr.Ben berhenti jap kat Petronas dan beli selipar jepun ni. But I had to admit yang design selipar jepun ni boleh tahan wicked gak la. Mr.Ben halal kan je la sandal tu.. Maybe dia lagi perlukan sandal tu dari Mr.Ben.

Original Adidas Sneaker Kaler Hitam (Beli bila first time dapat duit gaji) Size : 9


Untuk sneaker ni letak banyak skit pics sebab beli guna gaji sendiri :P Selain tu saje nak riak tunjuk brand Adidas original hehehe.. -.-" Baru lagi sneaker ni. Guna pun tak banyak kali mana lagi. Bab kata pepatah moden still bau kedai lagi. Waktu first time dapat gaji tu tak payah cakap la betapa bangganya Mr.Ben. Sambil dok jalan-jalan kat pasaraya Pacific kat Alor Star, Kedah dengan dalam poket ada dekat 1K tiba-tiba terperasan pulak sneaker ni tengah sales kat butik Adidas. Biarpun sales tapi harga dia still RM190 -.-" Tapi maklum la tengah loaded skit bila lagi nak merasa beli sneaker mahal kan? So Mr.Ben beli ler sneaker ni. Mr Ben suka design dia yang macam lukisan grafiti tu. Macam ader some sort of art kat sneaker ni. Seriously sneaker ni memang selesa giler-giler bila buat jalan. Mr.Ben beli yang kaler hitam sebab dah fed up dah sneaker putih yang dulu cepat kotor. So yang ni tak payah basuh selalu sangat :P Hey, I am a dude. Kalau basuh kasut setahun sekali tu benda biasa bagi kami hahaha.. ( Ok apa benda yang aku merepek nih? -.-" )

Original Admiral Brand Sport Shoe   (Beli sebab sport shoe yg lama dah busted dan kena ada sport shoe untuk masuk degree nanti) Size : 9




Ambik gambar complete dengan kotak sekali nak tunjuk still tak pakai lagi :P Harga dia cuma RM99 sebab kasut ni bukan la model baru sangat. Tapi still agak expensive skit gak sebab brand dia still original. Mesti korang notice dah kan semua kasut Mr.Ben brands Original. Ader reason sebenarnya kenapa Mr.Ben dok beli yang original je. Mesti pun harga originals agak cekik darah skit tapi dia tahan lama. Dulu bila Mr.Ben dok pakai brands cikai kadang-kadang guna dua tiga kali dah rosak. Last-last Mr.Ben beli yang original ambik ko! Sampai tiga empat tahun tahan! Kalau dok main beli brand cikai made in thailand je tiga empat tahun tu rasanya lagi mahal dan membazir dari beli originals. 

Lagi pun Mr.Ben tak suka beli banyak-banyak kali ni. Biar kita alah membeli memang memakai. Kalau tiga empat tahun kasut tu dah outdated dah pun Mr.Ben still akan pakai lagi sampai rosak dan tak boleh pakai. Lagi pun kebanyakan kasut untuk lelaki ni memang dicipta untuk tahan lama sebab dia tau lelaki tak selalu beli kasut macam perempuan. Cuma baju je Mr.Ben akan pasti up to date skit dan tak beli brand yang branded sangat. Sebab baju ni kalau branded macam mana skali pun dia akan cepat rosak gak bila kena basuh banyak kali. So kalau bab baju Mr.Ben beli la yang nampak stylish skit. Tak kisah la kalau harga murah ke mahal skit. Tapi kalau mahal sangat lak Mr.Ben still tak kan beli. Ukur ler baju kat badan sendiri gak kalau nak beli tu. Kalau saiz L jangan pergi beli XL. Kalau beli M tak per lagi sebab seksi skit ketat :P

ChaeyennE Original Black Leather Shoe ( Hadiah dari abah sebab dapat masuk degree ) Size : 9




Harga dia RM210. Kalau suruh beli sendiri biar pun sesuka mana pun Mr.Ben kat brand original Mr.Ben memang tak kan beli dah. Lagi pun kasut kulit Reebok Mr.Ben tu still elok lagi biar Mr.Ben dok guna sejak form 3 lagi. Dah dekat empat tahun tu kot. Mr.Ben jaga elok je tak nak bagi rosak. Polish pun Mr.Ben buat dekat 3 hari sekali. Tapi Abah dok kata dah boleh beli yang baru dah tu meskipun kasut tu ok lagi. Dia suruh bagi kasut Reebok tu kat adik Mr.Ben yang baru nak belajar pakai kasut kulit hitam. So alang-alang big boss nak sponsor tu kita beli la yang mahal skit ye tak muahahaha.. #GelakKejamDurjanaTakBerhatiPerutOkNiDahAgakOver -.-"

That conclude it all I guess.. I am supposed to tag people at the end of this post so I am going to tag..

ALL OF MY FOLLOWERS

Saper rasa nak buat you can do so :) kalau tak nak pun tak per, it is your blog anyway

So my coworker lecturer Miss Amirah Izzah (tak aci la orang lain dok panggil dia lecturer je, nak merasa jadi lecturer gak :P ) what grade would you give my post here? agak-agak best student blogger award dapat kat aku tak? :P

6 people got something to say:

naswa nadila said...

bangga sebab name aku ade..hehe

baca dan senyum said...

oooo kasut beli kat masjid tanah, den selalu g masjid tanah, hehe

Ben Frankenstein said...

@naswa nadila Itu dah mesti ;) kita pergi beli skali dulu kan

Ben Frankenstein said...

@baca dan senyum Org melaka ke? saya sempat dok sana jap waktu under program asasi, melaka memang best giler :D

Mieza Everdeen said...

bagus penerangan kau, ada unsur humor yg membuatkan readers tak bosan :) oryte, amek 10 markah. hehe

Ben Frankenstein said...

@Fiery Phoenix 10 out of 10 ke 10 out of 100 nih? =0= hehehe..

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...