Friday, August 5, 2011

Soalan-Soalan Yang Mampu Buat BF Anda Gagap ( Dari Perspektif Seorang Lelaki)

Yeah kita jumpa lagi dalam post pasal relationship Mr.Ben -______- Recently ada seorang member Mr.Ben yang dok cite yang ade seorang lelaki tu dok cakap yang kat dia yang lelaki tu sayang kat dia. Yang lelaki tu sanggup tunggu dia dan bla bla bla segala bendalah cheesy yang lelaki biasa cakap. Seriously bro? Come on lah, ayat-ayat macam tu dah overrated entah berapa zaman dah. Nasib dia baik dia tergerak nak check FB lelaki tu. Guess what she found. Kat situ dah mengalahkan coach komuter perempuan kot. Penuh perempuan kat situ 0_0 Heh! Ni tak der cite lain lani, ni mesti kes lelaki salah guna dan ambik mudah perkataan "sayang" nih. Nasib baik Allah sayang lagi kat member Mr.Ben tu dan tunjuk macam mana perangai sebenar lelaki tu sebelum relationship dia orang get serious or anything.

Ok panjang lak pulak la introduction aku nih -.-"

Mudah citenya peristiwa kali ni membakitkan balik isu siapakan si jejaka yang betul-betul sesuai untuk hati seorang gadis... ( asal lak aku yang bunyi cheesy nih -.-" whateverlah, kata post relationshipkan)

Mr. Right ke Mr. Wrong kita check pas habis baca post nih

Ok, Mr.Ben selaku seorang lelaki sejati, yeah itu fakta yang memang tak mampu disangkal lagi, telah menyediakan soalan yang boleh korang guna untuk soal kat pakwe-pakwe korang. Dengan ini korang boleh la check jika betul sedia tu layak dan ready terima korang. So are you ready? Let's get to those question lalink-lalink ku sekelian!

 1) Awak, betul ke awak sayang kat saya? kalau betul awak sayang saya nak tak kita jangan jumpa langsung sampai kita betul-betul nikah? Kalau awak sayang awak tentu tak nak kita buat dosa ngan jumpa macam tu kan? Bila awak kita habis study segala benda empat tahun lagi baru kita jumpa dan nikah terus nak?

 2) Awak, kenapa kita mesti senyapkan hubungan kita dengan ahli keluarga kita? Sanggup tak awak jumpa ahli keluarga saya dan cakap kat dia orang secara direct yang niat awak nak ambik saya sebagai isteri suatu hari nanti? Dan sanggup tak awak bawak jumpa parents awak dan perkenalkan saya sebagai calon isteri meskipun kita masih study lagi? kenapa kita mesti diamkan hubungan kita kalau betul awak dah nekad nak kawin ngan saya suatu hari nanti?

3) Awak, boleh tak kita jangan berhubung langsung sampai kita menikah? Saya bukan milik awak lagi untuk awak kata awak rindu kat saya dan ucapkan kata-kata cinta kat saya.. Semua kata-kata tu cuma layak untuk seorang isteri je awak, kalau betul awak akan kawin ngan saya seuatu hari nanti baru boleh awak cakap macam tu, sanggup tak awak?

4)Awak.. boleh tak awak jangan bagi hadiah atau apa atas nama sayang dan cinta kat saya? Saya bukannya dibawah tanggungan awak untuk saya terima semua hadiah tu.. dosa awak kalau saya terima hadiah macam tu. Duit tu bukan milik saya awak..

5) awak.. saya tau kita masih lagi study, tapi parents saya tak suka kita dok jumpa macam ni, mereka suruh kita menikah secepat mungkin, mereka kata mereka akan tanggung kita dan maybe kalau ada rezeki cucu mereka sampai kita habis belajar, sanggup kah awak menikah dengan saya sekarang jugak?

6)Awak sanggup tak awak tak cakap kat sapa-sapa yang saya ni milik awak? kalau betul awak cintakan saya dan bukannya cari populariti yang awak ada makwe mesti awak sanggup kan? Saya bukannya milik awak lagi.. kita masih belum ada ikatan yang sah awak..

7) Awak.. sanggup tak awak belajar dan dalami agama kita sedalam mungkin? Jika betul awak nak jadi imam saya untuk seumur hidup mesti awak sanggupkan? Saya nak suami saya dalam ilmu agama dia so dia boleh bimbing saya dan anak-anak saya dengan dia sebaik mungkin.. Sanggupkah awak dedikasikan hidup awak sepenuhnya kepada Allah dan tinggalkan benda-benda yang lalai?

Hmmm.. sayu la pulak hati Mr.Ben tulis post ni. It's just remind me that I still have a lot to learn before I am ready to guide a woman.. Maybe one day.. Insyaallah..

So, korang rasa apa jawapan pakwe korang bila korang tanya soalan macam ni? One thing for sure kalau Mr.Ben ni ada makwe (biar pun hakikatnya dah single entah berapa lama dah -__-) dan dia tanya soalan-soalan macam ni kat Mr.Ben.. Mr.Ben tak kan teragak-agak lagi bawak dia jumpa parents Mr.Ben dan cakap kat dia orang yang Mr.Ben nekad nak kawen ngan dia bila habis study dan kerja kejap nanti hehehe.. Biar terkebil-kebil mata dia orang dengar keputusan berani mati tu. Ye la korang ingat senang nak cari perempuan macam tu?

Untuk perempuan pun sama.. kalau pakwe korang jawab dengan tenang dan cakap dia sanggup, jangan lepaskan dia dah, pergi jumpa parents korang dan cakap korang memang nekad nak kawin satu hari nanti ^^
Tapi kebanyakan lelaki yang Mr.Ben kena mesti gagap dan menggeletar satu badan punya la kena soalan soalan macam tu.Mana taknya dah ader relationship pun sebab trend dan main-main je :P

Korang semua ingat lah..
A relationship that is not end in marriage is nothing but meaningless..
and Allah the Almighty hates meaningless thing..

Till next post then yaw~ ;)

22 people got something to say:

A.H.A said...

one thing i have to say about this:

GUYS ARE TOTAL ACTORS..so how can u tell the difference?

Nanti tanya dia all these question and dia cakap exactly apa yang kita nak dengar, tapi dengan niat sebaliknya, and being perempuan, (no offence girls), kami mudah cair...

So how?

Ben Frankenstein said...

Atikah hajar - That is why every great word must be follow by a great action, soalan2 kat atas banyak involve pasal kawen on the spot, dan seriously speaking kebanyakan lelaki maybe banyak main2 dalam relationship, tp dia org tak kan berani main2 dlm bab kawen, sebab dia org tau tu akan effect dia org dlm jangka masa panjang and one more thing, aku rasa berapa kerat je lelaki yang sanggup jumpa mak bapak perempuan tu dan cakap nak kawen ngan perempuan tu, and a man won't do that if he is not serious with you :)

Mieza Everdeen said...

comment atikah hajar sangat membuat lelaki butthurt esp yang CAPS LOCK tu.. hihihi :P

well ben, dengan aku sekali terkedu baca soalan2 homemade kau ni.

tapi kan,for one of the questions, i've done my part.. well, at least half of it. i already told my mom that i wanna marry him. (^_^)

Ben Frankenstein said...

Mirah - Seriously @_@ well done dear! Aku cukup happy bila org consider relationship betul2 nih :) and I'm sure Allah is happy with you too..

Sara Shaari said...

huhu aku sendiri yang tergamam dengan soalan2 nih. pasal nak kawen tu dia dh cakap dengan parents dia. parents aku je lah tak tahu lagi, tapi bila tiba masa nanti aku rasa parents aku tak kesah sebab diorang pun dah kenal dia. :)

A.H.A said...

bahaha, my question is not related to someone or something yee...

it's just a question that popped up when reading this.

anyway, good job Ben on this..article?

nur syahirah said...

ben.:')
i love this post

Ben Frankenstein said...

Atikah hajar - sort of :P more like a reminder really

Syerah - Thanks dear :')

ila said...

mr ben nk copy bole?
nnti sye credit blog awak

Ben Frankenstein said...

ila - Boleh.. sila lah copy, memang niat saya utk berkongsi pun, credit blog adalah dihargai :)

Maisarah Fadzil said...

Alhamdulillah..love this!

the point of having a relationship is to find a partner in marriage. Love is no joke. Setakat nak NAMPAK TRENDY and nak ubah status IN RELATIONSHIP WITH baiklah takpayah..

Ben Frankenstein said...

@Aifaa Petra Glad that you think that way! Most of the kids this day does not even know what is the true meaning of love.. It's about finding the one that you will spend the rest of your life with.. Not some piece of garbage that is consider trend :)

A's said...

hey you..i got this article from ila :) well done bro! sangat terbaiklah ur article! sgt susah okay lelaki nak jawab soalan2 ni semua..i guess bukan saja gagap..ternganga sampai masuk lalat pon boleyyy..HAHA!


last, happy ramadhan and follow ur blog too..keep blogging bebehhh..HAHA!

Ben Frankenstein said...

@Bitter Thanks, still got a lot to learn though ><

shamyheart said...

wah,ben dah boleh jadi doktor cinta ni. good try n very nice entry.

seriously, lelaki mmg akan terketar dan sentap bila dapat soalan mcm ni.

Ben Frankenstein said...

@sha my heart Doktor cinta? hadei haha.. -.-" banyak lagi kena belajar ni kak, x blh lawan ngan the other khairul lg XD

My Name is Mar said...

Ho-ho-ho..
Wa sendiri tak boleh jawab..
Huhuhu...

Pejabat cuti, Blogger pun cuti ke?

Ben Frankenstein said...

@My Name is Mar Haha.. Mr.Ben pun sangkut kalau kena soal mcm ni, tp yg penting semangat kita utk jd mcm ni ada, kalau x exactly 100% hampir2 pun blh diterima XD

Unknown said...

dah jumpa seseorang macam tu! keluarga semua dah tahu . insyaAllah , bila dia dah dapt cuti nanti kitorang kahwin ..

even dia taklah sesempurna mana , at least dia terima sape Tia dan Tia terima siapa dia ..

tapi kan , ada jugak yang jenis even lelaki tu dah bawak jumpa family dia still main2 .. kena dekat member Tia . ingatkan depa dah serius . habis frust si member ..

Ben Frankenstein said...

@Ini Kisah Tia Syukur Alhamdulilah kalau macam tu :) Kalau lelaki tu still buat mcm tu even if dah bawak jumpa family rasa nya tu dah silap didikan namanya. Tak kan lah family dia boleh buat tak nampak je dia main2 macam tu kan?

cikdijah said...

@Aifaa Petra saya sokong dengan komen awak aifa ^^

Ben Frankenstein said...

@siti khadijah Thanks sebab baca^^

Disclaimer

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...